Isnin, 5 Disember 2011

suke berleter

dulu kecik-kecik paling gerun bila mak dah stat berleter..rasa macam nak tutup telinga dengan bantal atau lebey berkesan,buat2 tido dan lepas tu, secara automatik mak akan stop membebel bila tengok anak dia tido...ffuuhhh...lega rasanya time tu...tapi sekarang bila dah jadi isteri dan dah jadi ibu...baru rasa betapa pentingnya berleter bagi seorang perempuan...rupenye tak salah kalau mak dulu suke berleter..ini salah,itu tak betul...rupenye dia nak kita jadi sempurna...cuma memang kena tahan telinga...kena fikir2 balik sebenarnya apa yang dileterkan tu betul...
baju jangan campak, tuala kena sidai, stokin masuk dalam bakul, pinggan kena basuh, bla..bla...bla...
sebab perempuan macam2 nak fikir...sekecik2 benda pun dia akan pikir...bukan sebab kita ni cerewet, cume nak lebey berdisiplin..kalau isteri suke berleter kat suami, bukan sebab dia nak cari gaduh...cuma harap mudah nak dijadikan contoh pada anak2..."tengok macam ayah, lepas makan basuh pinggan...baju kotor masuk dalam bakul...kunci gantung kat dinding..."jadi secara automatik, anak akan ikut...ini kalau ayah sendiri baju baling-baling, stokin bawah kerusi, kunci kat kabinet dapur..so, anak pun ikut jejak jugak la mcm tu...bila nak guna tak jumpe, angin satu umah...kan tak elok...bertambah2 tension si isteri...
lagi satu ramai suami terbawak2 perangai manja dengan mak2 korang kan...dulu time sekolah or bujang baju campak2..mak pun kutip..esok mintak je..mak sediakan...tapi dengan isteri, tak boley la mcm tu...Waktu ni, dia pun sibuk juga nak streka bajunya, tudungnya (bagi yang kerja), nak mencari stokin anak-anak, cari pensil anak-anak dan macam-macam lagi... akhirnya dua2 tension.
Jadi, tiada cara lain baginya melainkan, mengulangi "nasihatnya" dari semasa ke semasa secara lisan (berleter) agar suami yang tercinta itu sedar dalam kelenaan tabiat lama dan mahu merubah tabiat itu. Memang inilah sahaja "senjata" yang paling berkesan yang selalu digunakan oleh isteri. suami akan terus "tersedar" jika isteri berleter. Jika kesedaran suami tu hanya berubah sehari dua sahaja dan ulangi tabiat buruk tu pada hari ketiganya, maka isteri akan berleter menggunakan "machine gun" pula. Begitulah seterusnya sehingga suami benar-benar telah berubah kepada tabiat yang isteri inginkan.
Oleh itu, bila isteri berleter, semak diri . Betul tak apa yang dileterkan itu? Jika betul, bersabarlah, niatlah dalam diri  untuk berubah demi kesukaan dan kesenangan isteri jua. Baginda SAW pernah bersumpah untuk mengharamkan makan madu atas dirinya semata-mata untuk menyukakan hati isterinya. Namun ditegur oleh Allah SWT.
Pointnya di sini ialah, Baginda SAW sentiasa cepat melihat diri sendiri dan cuba sedaya upaya merubah tabiatnya semata-mata untuk menghiburkan isterinya.
"Hai Nabi, mengapa kamu mengharamkan apa yang Allah menghalalkannya bagi mu; kamu mencari kesenangan hati isteri-isterimu? Dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." (Surah At-Tahrim:1)
Jadi setiap kali dia berleter, semak diri kita... jika betul, kita ubahlah perangai. Akhirnya nanti, tiada point untuk dia berleter.... kita pula yang rindukan leterannya, kita buat perangai lain yang dia tak suka, dia berleter lagi. Maka begitulah hidup berkeluarga... sentiasa diuji.
Hanya suami yang bersabar dan menguruskannya sebaik mungkin terhadap perkara yang dia benci terhadap isterinya itu sahajalah yang mendapat kebaikan yang banyak dari Allah SWT. (Lihat An Nisa:19)

ada ke???hukhuk...tersedak aku


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

apa kata kamu??