Jumaat, 30 September 2011

kring2..kring2!!!

Langkah 1:
Masukkan 3 digit pertama no. tel bimbit anda ( tidak termasuk 01X)

Langkah 2:
Kali dengan 80 ( X 80)

Langkah 3:
Tambah dengan 1 ( + 1)

Langkah 4:
Kali dengan 250 ( X 250)

Langkah 5:
Tambah dengan 4 digit terakhir no. tel bimbit anda

Langkah 6:
Sekali lagi Tambah 4 digit terakhir no. tel bimbit anda

langkah 7:
tolak dengan 250(- 250)

langkah 8:
Bahagi dengan 2 ( /2)

Apakah ini no Tel Bimbit anda?

Rabu, 21 September 2011

mohd fauzie...

kepada encek suami
saya amat menyintai kamu.
terima kasih kerana menyayangi saya dan anak kita...
*gedik lak tetibe..hihi...=p

anak beralih bulan..ibu yang demam

mungkin doaku untuk transfer sakit dari anak dimakbulkanNya..sekadar demam selsema dan batuk masih kuat untuk aku hadapi berbanding anak kecil yang belum pandai membuang hingus dan kahak..sekurang-kurangnya aku dapat melihat dia tersenyum dan sagala sakit yang aku hidap pergi begitu sahaja setiap kali melihat leretan senyumannya...demamnya sudah kebah..tapi batuk masih berbaki..maka terjadilah peristiwa berlawan batuk antara anak dan ibu..owh..sumpah tak sanggup melihat dia batuk persis mahu terkeluar anak tekak...mujur ubat batuk perisa resberry ditelan dengan mudah berbanding dengan ubat demam yang sedikit pahit..kurang sedikit perit di tekaknya...*agak je...

Isnin, 19 September 2011

umar suda 6 bulan!alhamdulillah...

usia anak kecil menjangkau bulan ke-6..semakin matang meniti usianya..laungan bak buluh perindu manja setiap pagi mengejutkan ayah dan ibu dari lena diulit mimpi..anak ibu sudah pandai
#menyiarap dan bergerak persis combat membuat latihan ketenteraan.sgt laju
#aktif..boley jadi gado kalu nak pakaikan pampers n baju dia...kena pantas!
#umar..!!terus toleh sape yang panggil...
#suke sgt gigit kaki kerusi...kaki orang pun dia suke..
#dah tumbuh gigi!!
#mcm phm bila org dewasa berbual..fokus!

Rabu, 14 September 2011

selamat hari jadi kawan!



selamat hari jadi
semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki
khas untuk 
Haniza Ramlan

kamu sudah 26


hati mesti bersih

kebelakangan ini entry ku sungguh extra bersastera..kerana hati telah tersentuh dan kini aku kembali normal..nurul syarina abdul jalil.seperti sedia kala...mahu lupakan tapi semakin teringat...aduh..semasa menaip malaikat dikanan membisik ....biarlah..yang lepas biar berlalu..tak usah pikir lagi..doakan yang baik2 shj..manakala syaitonah sebelah kiri membisik...eee..gaduh jgn tak bergaduh syarina!alang2 dah sampai sini jgn ada kata maaf lagi!...ermmmm...aku manusia lemah hanya mengiakan kedua2nya..bagaimana hati mahu bersih.???ianya mesti bersih...(-_-)..sebenarnya syarina belum kembali normal....

tak mengapa...

ye..tak mengapa tidak punya kwn yang sgt ego persis skuter ego merak yang sentiasa mahu dipuji...tidaklah menjadi salah jika seorang teman mahu menegur akan sikap angkuhnya yang kelak akan membinasakan dirinya...memuji diri sendiri sambil menghina manusia lain sungguh kejam...tidak salah kerabatnya kerana mempertahankan darah dagingnya..tapi apekah besar dosa dan kesalahan hingga mahu memutuskan silaturrahim??kata maaf bertalu diberi tapi satu pun tidak disambut...ya..kamu ego...bukan mahu menyumpah atau pun mendoakan keburukan nya..tapi berharap dia akan menemui kekesalan atas perilakunya....ya!aku marah kerana aku pernah menyayanginya..sayang sahabat yang bertahun bersama menimba ilmu...tapi dengan hanya secebis gurauan disalah terjemah lalu dengan mudah ikatan yang dijalin terputus begitu sahaja...kamu manusia angkuh!!tak mengapa...moga kamu akan sedar suatu hari nnt..biarlah ia dengan dunianya....

Jumaat, 9 September 2011

bila ianya terlalu sensitif

bila tersentuh..terus menguncup..ni la dia semalu!
tatkala kita sedang bersuka ria bergurau senda kita lupe ada yang mendidih bak sup panas yang direneh lama tidak dapat menerima gurauan yang sudah tegal diterima lebih kurang 10 tahun lamanya...entah kenapa hati ini bagai dikipas-kipas untuk menggelibas...hati ini bagai ditoreh2 dengan penoreh getah kepunyaan arwah nenek ku..terasa pedih dan perit...untuk menjaga hati semua adalah tidak mungkin..tidak mampu untuk menampung minyak yang penuh sadangkan minyak ku sendiri tertumpah2 di merata pelusuk..sudah menjadi sifat semulajadi bergurau senda pada insan yang benar2 sudah pahami aku..tapi aku lupa yang ianya terlalu sensitif..bak deria bauku yang sentiasa mahu menghidu..aku lupa yang sebenarnya dia belum pahami aku...*dah lama sgt kot..takkan tak paham lagi..mungkin telah ternoktah hanya orang lain sahaja yang perlu fahami nya..ya!perlu fahami dia adalah seorang yang sangat sensitif...bagai pohon semalu yang terus tersipu bila disentuh...dan jika dibiarkan lama ia akan mengembang gah semula...jadi kesimpulannya..biarlah kita lupekannya seketika..jangan terus dijentik dan disentuh tentang hidupnya...agar dia akan berkembang semula menerjah dunia..tetapi mungkin bila dia sudah menerjah..insan yang menyentuhnya telah tiada disisinya..terus pergi serik tak akan mengganggunya...sama ada ianya satu berita gembira atau kekesalan yang bakal melanda..hanya dia sahaja yang tahu kerana ianya terlalu sensitif...

Rabu, 7 September 2011

raya dan terus beraya...

raya sudah menerjah lebih seminggu...sekejap benar rasa..dan berat badan ku semakin laju naik mencanak bak pop corn dipanaskan dalam bekasnya...jarum timbang juga tanpa segan silu menaiki dua senggat..aduh...bisa di hati bagai ditusuk sembilu...harapan ku hancur berkecai begitu sahaja untuk menyarung baju2 lama..kalau sekarang dipakai tak ubah seperti nangka dibungkus menanti ranum di atas pokok..buruk benar kelihatannya.dan sekarang ada lagi 3 minggu untuk terus beraya...adakah jarum timbang akan berhenti disitu sahaja atau terus mara ke hadapan??wahai dr.rozmey adakah kamu sudi mengambil aku menjadi testimoni dengan memberikan pakej percuma hingga badan ku kembali langsing*pernah langsing ke??hahah.

si kecil mengerang manja...

tidur berdua bersama si comel yang tidak sihat tatkala sang suami pergi membanting tulang mencari rezeki membesarkan anak dan isteri...sayu melihat si umar terbaring lemah dan mengerang mahu dipeluk setiap masa..rasa biarlah sakitnya ditransfer pada ibunya kerana ibunya menogak air sejuk sepanjang raya tanpa rasa curiga..lupa diri yang dia masih menyusukan anak comelnya..hmmm....moga kamu kuat wahai sang wira!

gaya bahasa baru..ok tak??

burung2 pun turut bersiul
jika ada yang mengikuti catatan ku *ada ke??akan perasan cara bahasa ku mula bertukar..ianya lebey kepada bermonolog seorang diri dan berpujangga cara syok sendiri...kerana aku percaya tiada siapa yang membacanya jauh sekali dari silent reader...mungkin cara ini lebey tenang bak air kolam tadahan PUB yang  aku lalui setiap hari untuk pergi mencari rezeki..ya...aku akui dengan cara bahasa yang lebih bermadah dan lembut ini membuatkan aku berasa lebih sopan dan santun menyusun bicara...

Selasa, 6 September 2011

kebuhsanan

sekali lagi aku dihambat kebosanan menatap skrin komputer yang tidak jemu memandang wajah manesku.  seminggu cuti beraya memaksa ku untuk terus menjadi malas dan hanya berpeleseran dalam pejabat.wal hal kerja tertunda bagai boley ditarik dengan kereta tunda..terlampau banyak untuk disiapkan membuatkan aku jadi keliru untuk memulakan yang mana dulu...*alasan..dengan kesan ulser yang menyerangku membuatkan aku dua kali malas dan tiada perasaan untuk membuat kerja...*ape nak jadi dengan ko syarina uiii..omg!hamper terlupa anak kesayangan ibu diserang demam..membuatkan aku 3kali malas...kesian melihat wajah comelnya yang hanya tersenyum malas tatkala bangkit dari tidur...terus kucapai kunci kereta melungsur laju toyota wish ku mencari koolfever...tidak ku ketahui keberkesanan penampal itu.ianya hanyalah pengaruh dari laman muka buku dimana2 rakan2 memuatnaik gambar anak kecil yang demam beserta dengan penampal comel itu...harap ianya berkesan.esok anak ibu akan disuntik lagi..harap kamu maken kuat..gigi comel sudah mula memberi salam digusi mulus itu..mungkin akibat dari itu anak ibu diserang demam..(-_-)

ulser mulut...(*_*)

sila beramb dari bibir ini...
selamat hari raya!raya tahun ni disambut dengan alakad je...tapi cuaca mentari yang panas bak ketuhar yang dipasang karen membuatkan aku meminum ice dengan banyak sekali.akibatnya lahirlah parasit kecil berwarna putih dibibir seksi ku ini...dengan jayanya terlahirlah dua biji kiri dan kanan menjadi pengawal setia bibir ini..setiap bicara dan kunyahan kuatur dengan kemas sekali..walaupun makanan yang masuk selalu akan terkeluar balik kerana sakit nya membataskan deria kulit ku untuk berinteraksi dengan makanan tersebut...terhambur2 kueh tart yang rapuh tatkala aku menyunyah..terasa diri begitu tua seperti telah dimamah usia...apakah yang harus aku lakukan??tidak sanggup rasanya untuk meletakkan garam dengan tujuan  menyahkan ulser tersebut..hatiku begitu kecil walaupun badan ku begitu gagah..huhu..sampai bilakah???cuaca semakin panas...huhhuuuhhh!mengeluh panjang....~~~