Khamis, 3 Mei 2012

hukum puasa sunat hari jumaat

hari ni, insya Allah kalau diberi kekuatan fizikal, mental dan yang paling penting sekali kekuatan iman aku akan puasa penuh hari ni...puasa penuh??ada puasa separuh hari ke??hihi..macam tak sesuai digunakan untuk usia sebegini...sebenarnya nak qada' puasa yang lepas...6 hari lagi..kalau tak mula sekarang dan melewat-lewatkannya takut tak terbayar lak saat akhir...yang wajib tak baik dilengah-lengahkan...
tetiba teringat dialog kengkawan yang terkeluar dari sape ntah yang mengatakan pada hari jumaat tak boleh berpuasa...erm..benarkah?aku ni tak arif bab agama, so kalau dah was-was, dengan pantas aku menggoogle...setelah melihat beberapa artikel dari sumber yang boleh dipercayai dapatlah aku jawapan bagi persoalan yang bermain di minda...

[Dan dimakruhkan berpuasa secara bersendirian pada hari Jumaat kerana sabda Rasulullah s.a.w.: "Jangan kamu berpuasa oleh salah seorang dari kamu pada hari Jumaat kecuali berpuasa sehari sebelum atau selepasnya." (HR Syaikhani). 
  
Dari Abi Hurairah r.a, Rasulullah SAW bersabda: “Janganlah kamu berpuasa pada Jumaat, kecuali bersama satu hari sebelumnya atau satu hari sesudahnya". (HR Muslim).

baiklah...maknanya kalau kita nak puasa pada hari jumaat, kita kena puasa pada hari khamis atau pun pada hari sabtu.  Tak boleh puasa hari jumaat tanpa berpuasa pada hari khamis atau sabtu...jadi kalau kita nak puasa esok, puasa hari ni mesti sempurna...=)..sebab takut hari sabtu tetibe cik red dot datang..dah sia-sia...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

apa kata kamu??