Jumaat, 18 Mei 2012

siapa s ambiga???


hmm...mesti pro bersih maki aku berkati-kati sebab selama ni aku dok ngutuk bersih..tapi sebenarnya aku tak tau langsung pasal penganjur kesayangan dorang tu..sumpah tak kenal pun siapa ambiga tu...tiba-tiba glamer menjadi sebutan ramai sejak dia menganjurkan perhimpunan tu...aku tak sokong bersih sebab perhimpunan yang dorang buat tu menakutkan aku...menyusahkan banyak orang..
tapi lepas encek google dan en wiki membantu memberitahu aku siapakah ambiga tu, aku pulak rasa macam nak berkati-kati maki orang yang sokong dengan si ambiga tu...huhhh!!

ni maklumat dari encek wiki:
Ambiga Sreenevasan (lahir 1956) merupakan Presiden Badan Peguam Malaysia sejak 2007.peguam rupenye...
Beliau merupakan seorang peguam kanan yang tegas berhubung hak asasi manusia untuk berhimpun. Perarakan hak asasi manusia yang dirancang oleh Badan Peguam dari Jalan Raja Laut ke Pasar Seni pada 10 Disember 2007 telah dibatalkan kerana tidak mahu memenuhi syarat polis yang memerlukan permit berhimpun. kena admit, ,memang sume perhimpunan perlukan permit...dia peguam perlu lebih tau akan hal ni.
Polis Malaysia mengemukakan alasan Perkara 10(2) Perlembagaan Persekutuan Malaysia yang jelas menyatakan sebarang perhimpunan perlu mendapatkan kebenaran demi ketenteraman dan kesejahteraan awam.

Dato' Ambiga Sreenevasan merupakan individu yang cuba menegakkan dasar toleransi atau kebersamaan antara agama di Malaysia dan merupakan peguam bela dalam kes Lina Joy. Ambiga telah mempertikaikan undang-undang syariah di bawah "Bab Perkara Perkara 121 (1A) Perlembagaan Persekutuan", dengan alasan bahawa Islam tidak berbeza dengan agama lain di bawah undang-undang Malaysia.masih tak nampak lagi ke wahai pengikut ambiga??/
Bertindak dalam kapasiti Presiden Majlis Peguam, Ambiga telah menerima satu memorandum kepada pembentukan satu Suruhanjaya Antara Agama, yang membuat 14 tuntutan dan salah satunya mempersoalkan kedudukan Islam sebagai agama rasmi dan  mendakwa ia bercanggah dengan perlembagaan. Ambiga turut mengadakan forum mengenai artikel dalam perlembagaan yang berkaitan undang-undang syariah, walaupun mendapat bantahan daripada umat Islam. 

Pada 28 April 2012, Ambiga selaku pengerusi bersama Bersih 3.0 telah mengadakan Perhimpunan Bersih 2012 di Dataran Merdeka. Tetapi PDRM dan DBKL mendapat perintah mahkamah menghalang peserta memasuki dataran. Sebaliknya mereka dihalang dengan kon dan kawad berduri di pelbagai simpang masuk ke Dataran Merdeka. Akibatnya para peserta terperangkap dan terpaksa berkumpul di sekitar Masjid Jamek, Dayabumi, Menara Kembar Petronas, Sogo, Masjid India dan sebagainya.

Pada 10 Mei 2012, privasi di rumah di ceroboh apabila sekumpulan pemuda yang mendakwa dari Ikhlas telah menyekat pintu pagar rumahnya di 67, Jalan Setiakasih 1, Bukit Damansara dan mendirikan gerai burger. Mereka menuntut Ambiga memohon maaf dan membayar gantirugi kepada peniaga kecil dari Pertubuhan Ikatan Usahawan Kecil dan Sederhana Malaysia (IKHLAS)di sekitar Jalan Tuanku Abdul Rahman (TAR). Ambiga menempelak Presiden Ikhlas, Mohd Ridzuan Abdullah dengan menyatakan bagaimana jika privasi rumah pemimpin politik diceroboh sama.Tindakan Ikhlas itu mendapat liputan dalam berita.

so aku tak nampak apa relevannya orang-orang yang mengikut ambiga...phuuuiiii!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

apa kata kamu??