Isnin, 19 Mac 2012

selamat ulangtahun sayang!warkah buatmu...~wewittt!!hik

tarikh hari ini pada tahun lepas....ibu selamat melahirkan zuriat pertama yang menjadi penyambung keturunan kita...seluruh keluarga mensyukuri kehadiran kamu sayang...kesulitan semasa melahirkan kamu, menambahkan lagi kasih dan sayang ibu pada kamu...kamu lemas dalam kandungan, syukur tuhan masih menyayangi dan mengasihani ibu dan kamu dengan memberikan anugerah terindah..ibu mendapat kamu, dan kamu mendapat kehidupan baru...walaupun pada mulanya kamu seperti orang asing...agak sukar ibu mahu suaikan diri dengan kamu..sesuatu yang baru yang tak pernah ibu tempuh..tapi yang pasti ibu mahu sentiasa dengan kamu...semakin hari benih sayang yang disemai semakin bercambah hari demi hari...moga ianya sentiasa mekar dan subur. setiap titis susu ibu yang masuk ke tubuhmu, adalah lambang curahan kasih sayang padamu sayang...sehingga kamu tersenyum puas kekenyangan, dan ibu menangis mensyukuri kehadiranmu...
sungguh besar kuasa Nya..setiap perkembanganmu ibu dapat lihat...Maha suci Allah...sungguh cantik perjalanan perkembangan seorang manusia...dari hanya tahu berbaring, kamu mula meniarap, kemudian duduk, merangkak, dan kini baru mula bertatih...dari hanya ada gusi mulus, satu demi satu gigi mu mula tumbuh berbaris di atas batas gusi mu itu dan dari hanya tahu menangis, kamu mula tersenyum, ketawa dan mula berkomunikasi.  walaupun bahasa yang tidak difaham ibu percaya kamu sentiasa belajar sayang..dan ibu doakan ianya akan berterusan hingga kamu dewasa...moga tidak tergelincir dari landasan Nya..agar perjalanan hidup kamu terus cantik seperti yang dirancang...
Mungkin sekarang kamu belum mengerti apa-apa lagi...tapi ketahuilah wahai anakku, hadirmu benar-benar mengubah ibu..kamu telah mengajar ibu betapa besarnya makna kasih sayang ibu kepada anaknya..yang tak pernah ibu terfikir sebelum ni...sesuatu yang diluar batasan...kesanggupan ibu untuk berkorban apa sahaja untuk anaknya...ye..kamu membuatkan ibu bertambah sayang dengan nenek kamu...kamu membuatkan ibu lebih peka dengan nenek kamu...terima kasih sayang...moga rangkaian kasih sayang ini tiada penghujungnya...
sempena hari ulangtahun kamu yang pertama ini, ibu mahu mengucapkan selamat ulangtahun..moga yang pertama ini menjadi titik permulaan untuk kamu terus berusaha menjadi yang terbaik di kalangan yang terbaik... ibu dan ayah sentiasa mendoakan kamu...sayang kamu ganda 23!!!

#hahaha...stop2!!puitis lak bila cerita pasal anak...mencurah2 idea..kalau tak stop, ada boley jadi novel....=p

Jumaat, 2 Mac 2012

sgt menyakitkan...

rasa sakit ni membuatkan aku betul2 hilang mood nak bercakap..lebih selesa duduk diam...erm..anggota kebanggaan wanita cedera parah!!!argghhh!!!yang ni sampai nampak isi merah dan bernanah..dah pegi klinik...kena cuci..pehhh...pedih yang menyilukan...bila la nak pulih...susu pun dah merajuk tak nak kua...=(