Rabu, 30 Mei 2012

jangan banding2kan boleh tak??

hmmm...emosi tak tajuk entry ni..??agak tak kuasa hampir setiap masa ada je nak dibanding-bandingkan...makin lama aku kat situ, makin rimas aku dengan perbandingan tu...budak kecik je pun kan...walaupun jarak usia tak jauh, tapi kalau baby, hanya satu minggu pun akan ada perkembangan...jadi tak perlu lah nak banding-bandingkan...tiba masanya anak kecik tu akan pandai juga buat benda yang sama...mungkin hanya nak dijadikan bahan berbual...tapi kalau hampir setiap masa, bernanah jugak telinga ni dengar...

Rabu, 23 Mei 2012

wordless wednesday


kalau anak perempuan??

ish..malu lak dengan tajuk entry ni..hihi..saje je..tengah syok2 buat keje tetiba terfikir kalau aku ada anak perempuan, agak-agak apa nama yang sesuai erk...nak suaipadan dengan nama anak pertama..
muhammad umar afeef ~ panggil umar...kalau perempuan, letak nama zumar dah macam nama game pulak..zuma deluxe...hihi...tapi bila google zumar ni makna dia anak kecil yang cantik...hmmmm...boleh dipertimbangkan....kalau humairah- berpipi merah...lebih sopan sikit...nurul zumar afeefa...haha..macam kelakar lak...=p..
apa aku merepek cerita pasal nama anak pulak ni...lama lagi...kot...
sambung buat keje!!!!

Jumaat, 18 Mei 2012

Bila agaknye erk???

map dari rumah ke opis...dah mula rasa letih...

siapa s ambiga???


hmm...mesti pro bersih maki aku berkati-kati sebab selama ni aku dok ngutuk bersih..tapi sebenarnya aku tak tau langsung pasal penganjur kesayangan dorang tu..sumpah tak kenal pun siapa ambiga tu...tiba-tiba glamer menjadi sebutan ramai sejak dia menganjurkan perhimpunan tu...aku tak sokong bersih sebab perhimpunan yang dorang buat tu menakutkan aku...menyusahkan banyak orang..
tapi lepas encek google dan en wiki membantu memberitahu aku siapakah ambiga tu, aku pulak rasa macam nak berkati-kati maki orang yang sokong dengan si ambiga tu...huhhh!!

ni maklumat dari encek wiki:
Ambiga Sreenevasan (lahir 1956) merupakan Presiden Badan Peguam Malaysia sejak 2007.peguam rupenye...
Beliau merupakan seorang peguam kanan yang tegas berhubung hak asasi manusia untuk berhimpun. Perarakan hak asasi manusia yang dirancang oleh Badan Peguam dari Jalan Raja Laut ke Pasar Seni pada 10 Disember 2007 telah dibatalkan kerana tidak mahu memenuhi syarat polis yang memerlukan permit berhimpun. kena admit, ,memang sume perhimpunan perlukan permit...dia peguam perlu lebih tau akan hal ni.
Polis Malaysia mengemukakan alasan Perkara 10(2) Perlembagaan Persekutuan Malaysia yang jelas menyatakan sebarang perhimpunan perlu mendapatkan kebenaran demi ketenteraman dan kesejahteraan awam.

Dato' Ambiga Sreenevasan merupakan individu yang cuba menegakkan dasar toleransi atau kebersamaan antara agama di Malaysia dan merupakan peguam bela dalam kes Lina Joy. Ambiga telah mempertikaikan undang-undang syariah di bawah "Bab Perkara Perkara 121 (1A) Perlembagaan Persekutuan", dengan alasan bahawa Islam tidak berbeza dengan agama lain di bawah undang-undang Malaysia.masih tak nampak lagi ke wahai pengikut ambiga??/
Bertindak dalam kapasiti Presiden Majlis Peguam, Ambiga telah menerima satu memorandum kepada pembentukan satu Suruhanjaya Antara Agama, yang membuat 14 tuntutan dan salah satunya mempersoalkan kedudukan Islam sebagai agama rasmi dan  mendakwa ia bercanggah dengan perlembagaan. Ambiga turut mengadakan forum mengenai artikel dalam perlembagaan yang berkaitan undang-undang syariah, walaupun mendapat bantahan daripada umat Islam. 

Pada 28 April 2012, Ambiga selaku pengerusi bersama Bersih 3.0 telah mengadakan Perhimpunan Bersih 2012 di Dataran Merdeka. Tetapi PDRM dan DBKL mendapat perintah mahkamah menghalang peserta memasuki dataran. Sebaliknya mereka dihalang dengan kon dan kawad berduri di pelbagai simpang masuk ke Dataran Merdeka. Akibatnya para peserta terperangkap dan terpaksa berkumpul di sekitar Masjid Jamek, Dayabumi, Menara Kembar Petronas, Sogo, Masjid India dan sebagainya.

Pada 10 Mei 2012, privasi di rumah di ceroboh apabila sekumpulan pemuda yang mendakwa dari Ikhlas telah menyekat pintu pagar rumahnya di 67, Jalan Setiakasih 1, Bukit Damansara dan mendirikan gerai burger. Mereka menuntut Ambiga memohon maaf dan membayar gantirugi kepada peniaga kecil dari Pertubuhan Ikatan Usahawan Kecil dan Sederhana Malaysia (IKHLAS)di sekitar Jalan Tuanku Abdul Rahman (TAR). Ambiga menempelak Presiden Ikhlas, Mohd Ridzuan Abdullah dengan menyatakan bagaimana jika privasi rumah pemimpin politik diceroboh sama.Tindakan Ikhlas itu mendapat liputan dalam berita.

so aku tak nampak apa relevannya orang-orang yang mengikut ambiga...phuuuiiii!!

Isnin, 14 Mei 2012

Just go with the flow, and stay happy.

wah.tajuk entry bahasa penjajah...tapi aku sangat suke dengan quotes tu...tak perlu bebankan kepala hotak..tak perlu nak bersusah payah...just go with the flow..tak perlu nak melawan arus...kita buat apa yang patut kita buat...bila otak tak terbeban, kita akan happy!!jangan paksa diri jika tak mampu..kita lebih tau apa yang kita boleh buat dan apa yang kita tak boleh buat...jangan tipu diri...nanti sendiri sakit sebab frust tak dapat apa yang kita impikan...
ya..kalau tak buat perubahan, sampai bila pun tak akan maju, sampai bila-bila pun akan di takuk lama..memang betul sekali kata-kata itu..tapi aku bukan manusia itu..manusia yang terpilih untuk membuat perubahan...aku tau kemampuan aku..aku selesa dengan apa yang terjadi...just go with the flow..(^_^)...tak sanggup jatuh terduduk, tersungkur, hadap kecewa...

sangat setuju...=]

Jumaat, 11 Mei 2012

terus rakam atau hentikan penderaan?

bertahan diri dari dipukul atau membiarkan baby yang tak berdosa dipukul???pengedar dadah sekalipun akan cuba membuat pelbagai alasan jika tertangkap..bukanlah nak menuduh kejam pada si perakam..tapi rasanya lebih mulia jika dia cuba untuk menghentikan perilaku ibu senget tu dari terus memukul anaknya...alasan untuk menjadikan rakaman tu sebagai bahan bukti menunjukkan seperti si perakam mementingkan diri sendiri dan sengaja menunjukkan kesalahan orang lain...
si ibu senget tu memang dah sah-sah terbelenggu dengan masalah dan tertekan..memang tak dinafikan jika orang dah terlampau tertekan, dia akan melakukan sesuatu yang diluar jangkaan...perakam yang normal dan sedar tu sepatutnya cuba menyelamatkan budak tu...saat baby tu diterajang, siperakam masih cekal dengan rakamannya...hmmm...wallahhualam..
syukur alhamdulillah budak tu sekarang hidup ceria dan serasi dengan keluarga angkatnya...moga anak itu membesar dengan tenang tanpa sebarang trauma...walau apapun, jangan ada sifat dendam dalam diri dia...sejahat mana pun perempuan tu tetap ibu yang melahirkannya...=)

Rabu, 9 Mei 2012

jatuh cinta dengan garnier...

tajuk nye macam aku nak masuk peraduan garnier pulak kan...tapi sebenarnya nak kongsi pengalaman je...Sehingga dua tona lebih cerah dalam masa dua minggu??aku baru pakai dua hari dah ramai kawan-kawan opis yang menegur.."aku dok perhatikan kau dari semalam,berseri semacam je..macam cantik.."yang lagi sorang.."ko pakai produk apa ha??nak cuba lah.."adui..malu aku diperkatakan begitu...aku pakai produk biasa je..yang semua orang mampu beli..puncanya sebab aku nak bajet...beli produk mahal, tak mampu nak maintain tiap bulan...balik kerja kelmarin, singgah mydin dan tengok ada promosi murah produk tu kat mydin, jadi dengan pantasnya aku merembat satu set memandangkan stok safi kat rumah telah selamat dikendurikan oleh anak aku...terima kasih umar sebab tumpahkan krim dan pelembab muka ibu...(T_T)..aku beli pembersih muka, scrub muka, pelembab siang dan pelembab malam..semua tu tak sampai pun 50 hengget...balik umah setelah disental, digenyeh, digosok sepenuh hati, lepas bilas...blinggg!!!bercahaya dan segar!!hahaha..macam basuh pinggan pulak...;p...maklumlah muka aku ni berproblem berjerawat, dull, lubang-lubang, kusam, bosan semua ada...pakej lengkap..kena lah sental kuat sikit, kalau belai manja2 rasanya tak de kesan..hikhik..jadi nak tengok dalam masa dua minggu ni, adakah ianya ketara atau tindak balas sekejap je...harap2 ok, dan tak alah...
saya pakai pembersih muka dan pelembab je...yang lain mybe next bajet...=)
harap2 boley jadi perempuan melayu terakhir...lol!!
harap muka akan berseri2 tanpa perlu di edit..(T_T)

Selasa, 8 Mei 2012

tarikh penting

tarikh penting yang wajib diingat
hari aku dilahirkan - 04 september 1985
hari jadi emak - 25 april 1955
hari jadi abah - 29 oktober 1953
hari jadi abang - 22 februari 1981
hari jadi angah - 28 mac 1982
hari jadi suami - 25 disember 1982
hari jadi umar - 19 mac 2011
kenal dengan suami - 28 jun 2008
tarikh bersayang dengan suami - 9 september 2008
tarikh bertunang - 28 disember 2008
tarikh bernikah - 12 februari 2010
sah hamil - 15 julai 2010
tarikh pindah rumah baru - 01 ogos 2010
sah jawatan - 16 ogos 2010
kereta baru - 21 jun 2011
puasa - 01 ramadhan
raya - 01 syawal
(^_^)

hati sentiasa remaja

sempena nak hari belia ni, opis aku jadi urusetia untuk sambutan himpunan belia..gabungan bulan go green...19 mei nanti..jadi jemputlah beramai-ramai ke hutan bandar mutiara rini pada tarikh kejadian bermula jam 7 pagi hingga 11.00 pagi..acara nya ialah menanam 1000 pokok oleh belia dan bermesra dengan haiwan zoo johor..tugas aku ialah seperti biasa mendesign bunting, banner, backdrop, flyer dan seangkatan dengannya..
tapi bukan lah acara tersebut untuk dientry kan..tu cuma selingan je..=)..yang nak difokuskan ialah, setelah pergi ke mesyuarat dari Jab. Belia, barulah aku tahu yang usia belia adalah dari lingkungan 15-40 tahun...hmmm...maknanya aku dah lama belia...ingatkan selama ni masih remaja..hahaha...naifnye..perasaan je..ku sedar usiaku dah menjangkau 27 tahun...yang paling ketara kalau kemana-mana dah tak de orang panggil aku adik...sume bantai aku akak je..(T_T)..tak pe lah, tu hanya angka...tepek bedak sikit sure comel..hahaha..berdarah mata ko baca!!;p

mencuba untuk menjadi remaja...hahaha

promote sikit

Isnin, 7 Mei 2012

hati berbunga tak tau punca...

hmm..penah rasa tak macam aku rasa ni...??hati berbunga-bunga tapi tak tau puncanye...sumpah tak tau...nak kata pasal keje..menimbun2 keje...nak kata pasal en. suami, dia tengah merajuk ngan aku...nak kata pasal anak...memang dah perkara biasa...ermm..nape erk??mungkin faktor cuaca kot...sejuk, nyaman dan selesa...selalu asek kena panas je...=)...semalam main hujan..seronok sangat!terbawak-bawak barangkali...
bila cerita pasal hujan, teringat masa kecik-kecik dulu, pantang hari hujan, mesti main hujan...tak demam pulak tu ..mungkin rumah dekat dengan hutan...tak de lah pencemaran...paling bes bila time banjir..walaupun sebenarnya mak lah yang paling sedih, sebab penat mengemas lepas banjir...tapi waktu tu aku budak2 lagi...jadi tak fikir pasal tu semua. redah banjir macam mandi laut...menyelam, berenang...dengan air kaler nescafe...jijik tak??hehehe...tapi tu lah yang bes..tak semua orang dapat rasa feling main air hujan, air banjir...ohsem!

Khamis, 3 Mei 2012

hukum puasa sunat hari jumaat

hari ni, insya Allah kalau diberi kekuatan fizikal, mental dan yang paling penting sekali kekuatan iman aku akan puasa penuh hari ni...puasa penuh??ada puasa separuh hari ke??hihi..macam tak sesuai digunakan untuk usia sebegini...sebenarnya nak qada' puasa yang lepas...6 hari lagi..kalau tak mula sekarang dan melewat-lewatkannya takut tak terbayar lak saat akhir...yang wajib tak baik dilengah-lengahkan...
tetiba teringat dialog kengkawan yang terkeluar dari sape ntah yang mengatakan pada hari jumaat tak boleh berpuasa...erm..benarkah?aku ni tak arif bab agama, so kalau dah was-was, dengan pantas aku menggoogle...setelah melihat beberapa artikel dari sumber yang boleh dipercayai dapatlah aku jawapan bagi persoalan yang bermain di minda...

[Dan dimakruhkan berpuasa secara bersendirian pada hari Jumaat kerana sabda Rasulullah s.a.w.: "Jangan kamu berpuasa oleh salah seorang dari kamu pada hari Jumaat kecuali berpuasa sehari sebelum atau selepasnya." (HR Syaikhani). 
  
Dari Abi Hurairah r.a, Rasulullah SAW bersabda: “Janganlah kamu berpuasa pada Jumaat, kecuali bersama satu hari sebelumnya atau satu hari sesudahnya". (HR Muslim).

baiklah...maknanya kalau kita nak puasa pada hari jumaat, kita kena puasa pada hari khamis atau pun pada hari sabtu.  Tak boleh puasa hari jumaat tanpa berpuasa pada hari khamis atau sabtu...jadi kalau kita nak puasa esok, puasa hari ni mesti sempurna...=)..sebab takut hari sabtu tetibe cik red dot datang..dah sia-sia...