Jumaat, 30 Disember 2011

hari terakhir bekerja pada tahun ini

wah...tajuk seperti poyo kedengaran nya...hehehe...sedar tak sedar tahun 2011 dah nak menutup tirainye...kejap je masa berlalu..tuptaptuptap dah nak tahun 2012...Antara perkara manis dan hot untuk tahun 2011 ialah semestinya dapat baby!!!perkara yang sangat terindah dalam hidup...pengalaman pertama melahirkan....=)...dan oso dapat kereta baru..impian nak pakai mpz termakbul jua...dan sekarang mr alza lah yang bawak kitorang ke sana ke sini...encek wira telah dijual dan menjadi kenangan...sedih jugak nak berpisah dengan dia...sebab dialah yang paling setia dengan aku...(T_T)...

yehhoooo...welcome 2012!!!
bila cakap pasal tahun baru mesti berkaitan dengan azam kan...hmmm....mungkin lebih mudah jika letakkan sekian2 tarikh untuk memulakan sesuatu yang baru...dengan tujuan untuk memudahkan mengukur tahap pencapaian azam kita tu..so tarikh pada awal tahun adalah yang paling cantek sekali...apa azam aku???hmmm....tak terfikir lagi...cume ada beberapa wish yang aku harap agar menjadi kenyataan pada tahun hadapan...yang ianya terletak pada rezeki dan nasib...apekah ianya???ten..ten..ten...maybe bagi umar adik selepas ianya berusia 1tahun++...dapat peluang keje bertukar kat jabatan lain...harap sangat...tempat sekarang ni ok sesangat, cuma aku nak kan pengalaman baru...dan kalau dapat tukar mestilah yang lebey baik dr yang sekarang...dan yang paling penting sekali segala urusan aku dipermudahkan oleh Nya...Insya Allah...kita hanya mampu merancang...tapi hanya tuhan yang akan menentukan yang lebey baik dari apa yang kita rancangkan...=)

Khamis, 29 Disember 2011

epi belated besday!

terlewat wat entry untuk encek suami...sebenarnya nak cover sebab dia dah nangis2 sebab tak dapat yang diidamkan macam kat entry ini. hehehe...tipu je...cik abang aku jiwa kental..tak de maknanya dia nak nanges..hari jadi dia, dia keje, so memang tak de celebrate pada hari kejadian...cume potong kek pada esoknye...dan bagi present yang tak seberapa,tapi dia sangat excited...cium aku namploh kali...tipu lagii...=p..tapi dia suke la..bila dia suke, aku pun berdouble2 suke...sambil melemparkan kata2 manis agar dia memperingati hari jadi aku kelak...(T_T)..kedengaran seperti tidak ikhlas kan...hahaha...pepun, selamat hari jadi sayang yang ke 29..agar menjadi suami dan ayah yang soleh..diberi kesihatan yang baik dan dilimpahkan dengan rezeki yang berlipat ganda...dapat beli hadiah memahal untuk adinda tercinta ni...

kek biasa je cik mamat...
alaaalaaaa..sukernyeeee....

membusuk dihari khamis

hari ini saya ke tapak pelupusan sampah tanjung langsat..ianya tak sebesar macam kat seelong, tapi sangat sadis sebab tanah lembab jadi bau dia berdouble2 buat saya pengsan di kaki pagar...tipu je...wahh...cerita pasal keje lak kan...hehehe...sebenarnya bau nya telah menghantui saya sampai ke meja opis ni haa...so, dok diam2 kat meja tak mo jalan2,takut budak opis pengsan beramai2....hahaha...bersaya-awak pula kita...heheh....stop2!!!

nak jadi doktor tak kesampaian...(T_T)..belakang ialah timbunan sampah

watermark...testing2

satu perkara yang sentiasa fikir nak buat tapi tak penah nak buat...ialah watermark untuk gambar2 peribadi...wah...eksklusif gitu..hukhuk....

taraaaaa.....

mode gedik gedik...haha...biasa je watermarknye..saje nak ngecoh2kan keadaan...(T_T)

Rabu, 28 Disember 2011

pelanduk dua serupa

ada tujuh orang yang sama atau lebey kurang mcm muka kita kat atas dunia ni...ermmmm...*sambil usap dagu.. agak2 kalau muka aku ni ada orang yang muka sama mesti aku malu2 kucin nak tengok muka dia kan...tapi wat masa ni, lum jumpa lagi yang depan2 la...yang cakap2 orang ada lah..ada yang kata muka aku macam ex girlfren dia r...*errkkk...macam kawan dia la...hmmm...tapi yang paling bes, bila orang kata muka aku macam artis...hahaha....tak kesah lah artis tu tak berapa nak cun kalau tak tepek bedak tebal2,janji dia ialah artis...hik...sungguh giler glamer...sheila rusly???ha..ha..setuju??setuju??tak pun sheera iskandar???setuju??hahaha...aku tak berapa nak setuju pun..tapi orang lah yang kata...yang sheera iskandar tu memang ramai yang kata lah...anak sedara belah laki aku, akak ipar aku dan kengkawan pun...tapi yang sadisnya ialah sheera versi halimah jongang...(T_T)...rasa macam nak nanges bawah meja je sambil raba2 mulut...jongangkah aku???=p...tapi bila aku tengok pic sheera dalam cerita aku bukan tomboy...memang aku rasa macam aku tengok diri sendiri lak...time2 kegemilangan rambut pendek masa kat poli dulu...ada minah minat kat aku....eerrkkkk.....gilo!teringat lak bila dia hari2 datang bilik aku...huhu...tak paham!!kejutan jup time tu..tapi nasib baik tak terjebak...hahaha...titik!!pepun aku dah sangat tembam sekarang ni....hik..tetibe je...bye!

see??setuju tak??yang penah tengok aku rambut mcm ni akan mengiakannya...
tapi kalau versi mcm ni???aku maseh rela...hihihi...

Isnin, 19 Disember 2011

Khamis, 15 Disember 2011

Hadiah untuk sang suami...

lagi seploh hari lagi hari jadi en.somi...dalam kepala mcm2 nak buat..walaupun time besday aku dia tak hengat...(T_T)..aku sentap beb time tu...even tak mengharap, tapi rasa macam nak tumbuk je laju2..tapi bila difikirkan dia lah syurga ku *syurga isteri dibawah tapak kaki suami...terpaksa lah keringkan hati lupakan segala yang menyentapkan tu...ermmm...apa yang dia minat??game!ps3????haaaa...semput....duit bonus aku separuh gaji pun tak cukup nak back up...kalau setakat brick game mungkin 17 biji aku boley belikan...siap pakai buang pun aku ley menten senyum je...tapi tak pe lah en.somi...yang pasti akan ku hadiahkan mu dengan limpahan kasih sayang yang tak terbelah bahagi serta cinta selautan....wah....kau ada...hehehe...

sayang...jgn nak suke sgt ye...dalam ni bukan ps3...(T_T)

Isnin, 12 Disember 2011

testing...testing

hype...testing wat entry guna kecintaan baru ku...samsung galaxy sii..ok..berjaya..thanks my smart...

Isnin, 5 Disember 2011

suke berleter

dulu kecik-kecik paling gerun bila mak dah stat berleter..rasa macam nak tutup telinga dengan bantal atau lebey berkesan,buat2 tido dan lepas tu, secara automatik mak akan stop membebel bila tengok anak dia tido...ffuuhhh...lega rasanya time tu...tapi sekarang bila dah jadi isteri dan dah jadi ibu...baru rasa betapa pentingnya berleter bagi seorang perempuan...rupenye tak salah kalau mak dulu suke berleter..ini salah,itu tak betul...rupenye dia nak kita jadi sempurna...cuma memang kena tahan telinga...kena fikir2 balik sebenarnya apa yang dileterkan tu betul...
baju jangan campak, tuala kena sidai, stokin masuk dalam bakul, pinggan kena basuh, bla..bla...bla...
sebab perempuan macam2 nak fikir...sekecik2 benda pun dia akan pikir...bukan sebab kita ni cerewet, cume nak lebey berdisiplin..kalau isteri suke berleter kat suami, bukan sebab dia nak cari gaduh...cuma harap mudah nak dijadikan contoh pada anak2..."tengok macam ayah, lepas makan basuh pinggan...baju kotor masuk dalam bakul...kunci gantung kat dinding..."jadi secara automatik, anak akan ikut...ini kalau ayah sendiri baju baling-baling, stokin bawah kerusi, kunci kat kabinet dapur..so, anak pun ikut jejak jugak la mcm tu...bila nak guna tak jumpe, angin satu umah...kan tak elok...bertambah2 tension si isteri...
lagi satu ramai suami terbawak2 perangai manja dengan mak2 korang kan...dulu time sekolah or bujang baju campak2..mak pun kutip..esok mintak je..mak sediakan...tapi dengan isteri, tak boley la mcm tu...Waktu ni, dia pun sibuk juga nak streka bajunya, tudungnya (bagi yang kerja), nak mencari stokin anak-anak, cari pensil anak-anak dan macam-macam lagi... akhirnya dua2 tension.
Jadi, tiada cara lain baginya melainkan, mengulangi "nasihatnya" dari semasa ke semasa secara lisan (berleter) agar suami yang tercinta itu sedar dalam kelenaan tabiat lama dan mahu merubah tabiat itu. Memang inilah sahaja "senjata" yang paling berkesan yang selalu digunakan oleh isteri. suami akan terus "tersedar" jika isteri berleter. Jika kesedaran suami tu hanya berubah sehari dua sahaja dan ulangi tabiat buruk tu pada hari ketiganya, maka isteri akan berleter menggunakan "machine gun" pula. Begitulah seterusnya sehingga suami benar-benar telah berubah kepada tabiat yang isteri inginkan.
Oleh itu, bila isteri berleter, semak diri . Betul tak apa yang dileterkan itu? Jika betul, bersabarlah, niatlah dalam diri  untuk berubah demi kesukaan dan kesenangan isteri jua. Baginda SAW pernah bersumpah untuk mengharamkan makan madu atas dirinya semata-mata untuk menyukakan hati isterinya. Namun ditegur oleh Allah SWT.
Pointnya di sini ialah, Baginda SAW sentiasa cepat melihat diri sendiri dan cuba sedaya upaya merubah tabiatnya semata-mata untuk menghiburkan isterinya.
"Hai Nabi, mengapa kamu mengharamkan apa yang Allah menghalalkannya bagi mu; kamu mencari kesenangan hati isteri-isterimu? Dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." (Surah At-Tahrim:1)
Jadi setiap kali dia berleter, semak diri kita... jika betul, kita ubahlah perangai. Akhirnya nanti, tiada point untuk dia berleter.... kita pula yang rindukan leterannya, kita buat perangai lain yang dia tak suka, dia berleter lagi. Maka begitulah hidup berkeluarga... sentiasa diuji.
Hanya suami yang bersabar dan menguruskannya sebaik mungkin terhadap perkara yang dia benci terhadap isterinya itu sahajalah yang mendapat kebaikan yang banyak dari Allah SWT. (Lihat An Nisa:19)

ada ke???hukhuk...tersedak aku


Jumaat, 2 Disember 2011

bukan senang nak senang

ini adalah kisah benar. bukan sebab untuk buat cerita sedih jauh sekali cerita hebat hanyalah sekadar untuk buat kita saling beringat.  aku bukanlah dilahirkan dalam keluarga yang kaya raya...juga bukan dari miskin kedana..yang sedang2 saje..cukup makan dan pakai..sumpah tak tau tentang kewangan emak abah..sebab tak paham..sebagai anak perempuan tunggal,hanya tahu meminta itu dan ini, dan kalau tak diturut merajuk tiga hari tiga malam...kesian mak abah..sekarang baru tau susahnya nak dapat duit...tapi emak dan abah tak pernah merungut. selalu pujuk aku...seboleh mungkin dia akan adakan...mujur abang dan angah aku bukan jenis mcm aku..kalau tak berdouble2 kesian kat mak abah...tapi aku tahu apa yang patut aku boley mintak dan apa yang tak patut aku mintak...sebab aku berada dalam keadaan yang banyak kekurangan...
dibesarkan di perkampungan setinggan. parit, hutan, bau busuk memang dah sebati...aku memang nakal waktu kecik..buktinya lutut n kaki aku banyak bekas luka..macam tiang jamban pun ada...hidup kanak2 aku hanya bermain je..emak abah pi keje...time dorang keje,aku akan berkubang kat parit belakang rumah...tak kenal pun kotor ke apa...yang penting seronok main air...penat main air, main pulak kat stesen keretapi...dulu railway kempas tak sibuk macam sekarang...dulu boley berbaring2 lagi kat atas rail...n skrang aku tak sure, yang pasti tempat tu bz..batu2 kat railway tu jadi mainan...balik abes baju hitam2...dah nak petang cepat2 mandi..pakai bedak banyak2 kat muka...tau emak nak balik...kalau tak mesti kena libas...huhu...hari lain nya main mak2 pulak...kalau sekarang macam2 mainan budak2 dapat..aku dulu nak main mak2 kena cr mainan tu sendiri...aku ngan geng2 aku cr mainan kat tempat orang bakar sampah kat tempah sampah dan dalam parit...tin2 kosong, tempurung kelapa adalah mainan kami...main kat tepi parit..sambil mata akan selalu tengok kat aliran air parit..mn r tau kot2 ada benda boley kutip...mainan2 rosak yang orang buang dalam parit, kitorang akan kejar sampai dapat..terjun parit dan redah air busuk...waktu tu, perkara itulah yang paling seronok...daun2 ubi juga jadi mainan...batang ubi yang kaler merah tu dijadikan rantai..dipatah-patahkan tapi jgn sampai putus,hujung dicucuk dengan lidi dan dijadikan gancu..maken banyak rantai, makin seronok...
ishh...bile dah besar cket, dah sekolah rendah aktiviti tu dilakukan time cuti sekolah je...sangat seronok!=)
dah sekolah menengah, kitorang pindah ke taman u..kat situ cara hidup sgt berbeza...susah jugak aku nak suaikan diri dengan kengkawan yang latar belakang yang kebanyakannya dr orang yang berada...tension gak..tapi lama kelamaan ok...cume aku jenis yang rumah-sekolah-rumah...dan sebab tu aku ada cket jakun..hehehe..waktu sekolah dulu,paling takut nak pegang komputer...boley jatuh nak nanges kalau cikgu suruh buat buku skrap guna komputer...huhu...kesian kan...jauh beza dengan budak2 sekarang...sama kes kalau nak makan kfc, mcdonalds, pizza hut jauh sekali...huhu...tengok aje dr luar...tak penah makan pun...lepas sekolah baru merasa...tau mak abah tak kan bawak ke situ...bukan taraf kami buat masa tu...rasanya orang-orang kaya je akan masuk restoren fast food...tapi aku tak kesah pun...sebab  mak abah akan bawak kitorang adik beradik makan yong tau fu kat batu 6...n benda tu dah cukup buat kitorang rasa teruja...heheh...sekarang dah tak de dah tempat tu...
aku ni bukan jenis bijak pandai..tapi ok lah kalau nak sambung belajar...time belajar aku dapat biasiswa rm5k setahun, so memang tak berapa nak nyusahkan dorang....duit tu aku bagi kat mak, n tiap2 bulan aku mintak aje..sebab aku tak reti nak manage duit...cume setahun terakhir, aku tak dapat biasiswa..tak tau ap punca...anugerah ketua jabatan tiap sem dapat...hoheheoo...cume mungkin abang2 aku dah keje time tu, n mak abah dah tak de tanggungan..tu yang tak dapat...tak pe lah.... ramai lagi yang memerlukan...lagi pun dah sem akhir...
sekarang dah keje...alhamdulillah..dah berumahtangga dan mempunyai sorang anak...kerja pun dah tetap...ada rumah untuk berteduh dan kenderaan untuk bergerak...terima kasih emak, abah...doa restu emak abah buat aku rasa amat bersyukur dilahirkan sebagai aku...(-_-)

tak seriau kah??

hhaaa...boley sakit dada dan jantung tengok furniture yang berkonsepkan space saver...fuhhh...kalau banyak duit..bilik tengah nak buat macam ni la...hahaha...mari2 kita berangan...adei..tarik napas pepanjang....hhheee...lelebey lak kan...

anak bujang mesti suka..cuma badan jgn berat sgt..patah almari bawah tu..=p

yang ni boley wat mini opis,tak pun kalau anak yang struggle nak study

yang ni cool...jgn serak2 k...

sempoi n kemas...mesti anak melekat kat umah tak nak kua bilik

oh men...anak ibu yang kuat bekerja..=)

cun gile!

yang ni happening!

haaa...oksigen2!!!seyes cantek gile

cantek!!

fuh...cirit birit tengok
ok..sume cantek2 kan...baru dalam bilik...belum ruang tamu, dapur, etc...boley pengsan!

wajah yang diperlukan saat ini!

....
terapi..tenung lama2 dengan feling2 nak geget pipi n mulut dia


terlajak kata~~

terlajak perahu boley diundur...undur siket lagi awak...
hari ini hari paling sedih...uwaaa!!!maka timbul lah berbagai peribahasa melayu yang menambahkan lagi kesedihan dan kelaraan hati ini...~~terlajak perahu boley diundur, terlajak kata buruk padahnya~~kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa~~cakap siang pandang2, cakap malam dengar2~~huhuhu...sedih sampai tak tahu nak taip ape lagi dah ni...~~sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri~~sekian..

Selasa, 29 November 2011

menggedik times!

dah lama tak kua ngan kengkawan...atas kekangan ada anak kecik..so, amik kesempatan waktu pi kursus kat kl tu berjumpa dengan rakan taulan iaitu niza n udri...macam2 cerita,macam2 gosip yang kua..hilang rukun negara ke-5 iaitu kesopanan dan kesusilaan..ketawa yang kuat memecah kesunyian nandos di times square...hahaha..ada aku kesah??coz tak de orang kenal pun aku kat situ...hheeee...

niza bersama baju keje..=p
amboi..berizeb bagai
belajar makanan sihat dengan udri
mode 25dis
=)
nampak kecik bersama objek besar
k.a.m.i
owh..udri sgt kurus!
bersama mr.ritenye
taken by nepal..inilah haselnya..

selamat bertunang cik manja!

jari siapakah ini??
27 november 2011 adalah tarikh penting untuk cik manja...kerana tarikh tu maka dengan rasminya dia menjadi tunangan kepada encek pedot (tul ke ini namanya??=p)..jadi  terkedek-kedek lah aku dan mela mengendong anak masing2 masuk ke rumah untuk meraikan sekali majlis kawan kita sorang ni...cik niza awal2 dah datang..nak amik berkat kata nya..mudahan-mudahan lepas ni dia akan menyusul..insyaAllah...


jelas nampak kenevesan minah ni...

tesenyum manis...cewahh
umar dan ibu
mama dan qisya
memula macam malu-malu budak dua oarang ni
umar masih memalu sampai nak masuk bawah katil
berborak dan berkenalan
tapi gedik lak awek ni..hhehe..perangai mama dia la tu...hoheee
bersama bakal2 mok ciknye

niza yang terlebey excited

tapi tak ley lawan yang kat tengah tu...

dr sekolah mela memang tak suke bergambar dekat ngan aku...huh!!=p

so, kita buang dia dr ini gambar...hahaha...(jgn merajuk dah lah..=p)
ibu..jom balik..penat..qisya ni asek nak urut umar je..
ala umar ni...dia tu asek nanges je..tak malu!!


ok...selamat bertunang manja!!
tak sabar nak tengok korang atas pelamin lak...

Sabtu, 19 November 2011

syukur..8 bulan

walaupun hari wikend yang agak sibuk, tetap nak curik masa nak hapdet blog sebab hari ini anak ibu genap 8 bulan...special entry...errkkk..syukur...segala puji hanya bagi Allah...=)..
# dah pandai merangkak yang sangat laju..cepat..sape sampai dulu!!pertandingan merangkak..xtvt ibu dan anak bila ayah xde..=p
# memapah pada gerobok tv,meja kopi...dan kena pastikan atas tu sume clear..kalau tak dia yang akan clearkan..wah..tak sanggup aku nak ngemas balik...
# dah pandai bertepuk2 tangan..tepuk amai2...belalang kupu2...tepuk bia pandai...cute macam ibu...=p...
#selalu wat audition vokal bukan sekadar rupa...sape jerit paling kuat!
#mamamaamama......papapapapa......ibu n ayah lah sayang.....
#semakin susah nak mandi..merujuk kepada si ibu..coz kalau kat umah dia sentiasa nak berkepit...kalau aku mandi n tutup pintu sure jiran 4 pintu pun boley dengar...
#makan nasi sup sayur sawi...pehhh...juling aku nak suap...non stop..xpe..makanan sihat..=)
#hheeppp!!!sambil besarkan mata...akan membantutkan dia untuk pergi/buat benda yang tak sepatutnya...hehe..garang kan...tapi sebenarnya mungkin dia rasa aku tengah wat muka badut coz dia akan ketawa sambil henjut2 bahu...
# ntah dengan sape je dia nak...janji ada orang dokong...
#maseh bf..
#semaken comel!!perasaan ibu je kot...=)hik!


Jumaat, 18 November 2011

yeaayyyyy!!!!!sekalung tahniah untuk harimau malaya!

Tahniah Skuad Malaysia!

Stadium Gelora Bung Karno menyaksikan...

Malaysia berjaya menumpaskan Indonesia malam tadi
dengan jaringan 1-0
oleh Syahrul Azwari Ibrahim 
pada minit ke 17
TAHNIAH...Syahrul (kiri) diraikan Izzaq (tengah) dan Fandi selepas menjaringkan gol yang menyebabkan Stadium Gelora Bung Karno Indonesia sunyi-sepi.
tengok dengan umar je...ayah keje...meriah umah sebelah tengok bola...tetiba terfikir besnye kalau ada anak reramai...heehhe..erkk!!!

Selasa, 15 November 2011

selamat pengantin baru shahrul dan sue

amin...nikoh dah

lafaz taklik

pelamin angannya

hantaran 9-7

aku ada kerna kau ada-teringat kek kawin aku dulu...

si ketat dan si manis

si manis dan si ketat

umar-ayah

no caption

ngantuk ar bu...

wajah bercahaya orang beriman...erkkk...=p