Selasa, 14 Februari 2012

Kelebihan isteri yang taat kepada suami...

Wanita terutamanya isteri mesti pernah mengeluh, kita pun kerja, penat jugak...tapi bila kat rumah kenapa sorang je yang mesti dapat berehat,yang sorang lagi bertungkus lumus nak layankan anak, nak kemas rumah, nak basuh baju, nak masak..kadang-kadang rasa macam tak adil...perasaan tu datang menyebabkan apa yang kita buat jadi tak ikhlas...bila tak ikhlas tahukah sebenarnya semuanya adalah sia-sia???tanamkan perasaan maha ikhlas dan taat pada suami...sesungguhnya betapa besar darjat suami dalam rumahtangga, yang kadang2 kita terlupa tentang perkara tu...kengkadang sikap angkuh dan ego membuat kita rasa kita juga perlu mendapat hak yang sama dengan suami...awak boley tengking saya, nape pulak awak nak marah bila saya tengking awak???hmmm...jangan lah terlepas dari mulut...nak jerit sekuat mana, jeritlah dalam hati...(T_T)..sesungguhnya Allah maha mendengar...Minta dilembutkan hati suami kita...

Wanita yang taat berkhidmat pada suaminya akan tertutup tujuh pintu neraka dan terbuka tujuh pintu syurga. Masuklah mana-mana pintu yang dia sukai dengan tanpa hisab.

1. Rasulullah bersabda, maksudnya : “Wanita, apabila dia sembahyang lima waktu, puasa sebulan Ramadan, memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, maka masuklah dari mana-mana pintu syurga yang dia kehendaki.”

2. Rasulullah bersabda, maksudnya: “Dunia ini adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan ialah wanita (isteri) yang soleh.”

3. Rasulullah bersabda, maksudnya: “Mana-mana perempuan yang memakai bau-bauan, kemudian dia keluar melintasi kaum lelaki ajnabi agar mereka tercium bau harumnya, maka dia adalah perempuan zina dan tiap-tiap mata yang memandang itu adalah zina.”

4. Rasulullah bersabda, maksudnya: “Perempuan itu aurat maka apabila dia keluar mendongaklah syaitan memandang akan dia.”

5. Rasulullah bersabda, maksudnya: “Wanita yang meminta suaminya menceraikannya dengan tiada sebab yang dibenarkan oleh syarak, haramlah baginya bau syurga.”

6. Rasulullah bersabda, maksudnya: “Salah satu tanda keberkatan wanita itu ialah cepat perkahwinannya, cepat pula kehamilannya dan ringan pula maharnya (mas khawin).”

7. Rasulullah bersabda, maksudnya: “Wanita yang tinggal di rumah bersama anak-anaknya akan tinggal bersama ku dalam syurga.”

8. Rasulullah bersabda, maksudnya: “Apabila seorang wanita mula sakit hendak bersalin, maka Allah mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah (perang sabil).”

9. Rasulullah bersabda, maksudnya: “Perempuan yang melabuhkan pakaian dalam keadaan berhias (bukan untuk suami dan muhrimnya) adalah seumpama gelap gelita pada hari kiamat, tiada nur baginya.”

Jumaat, 10 Februari 2012

2 tahun yang penuh dengan saat 1st time!!

12 hb feb datang lagi lagi 2 hari!!!kena hapdet hari ni sebab kalau pada tarikh kejadian, sure aku tak nyempat nak bukak laptop...*hari cuti sibuk melayan anak dan somi...kalau tarikh ni pada 2 tahun lepas aku sedang sebok plus neves2 sebab nak ngadap benda paling penting dalam hidup..iaitu menukar status, daripada bujang kepada berkahwin....rasa macam caya tak caya je aku kawen dalam umur 25...laku jugak rupenye...waktu muda remaja selalu terfikir kawen ke aku bila besar nnt...ada ke orang nak kat aku...ermm...macam2 lah dalam benak pikiran ni...kiranya macam aku adalah orang yang paling tak berpotensi untuk mendirikan rumahtangga...hinanye...huhu..tapi memang tu lah yang aku rasa masa muda2 dulu..tapi kita tak tau rahsia tuhan...jodoh memang kat tangan Dia...Dia rancang sepenuhnya...tak duga langsung jodoh aku dengan en.somi sekarang...=))...kalau nak imbau balik, semuanya berlaku dengan pantas...semua berlaku masa aku betul2 tengah jatuh dan dia datang untuk bangkitkan aku balik...wah...ayat tak hengat...hahaha....super poyo lak aku ni...=p
masa bercintun
Selepas bergelar isteri, semua nya berubah..paling terasa adalah bab berkongsi bilik tidur..huhu..sumpah aku tak suke kongsi bilik tido..time study dulu pun terpaksa...bukan orang kaya nak bayar sewa lelebih...tapi tu adalah cabaran pertama lepas bergelar isteri..kalau ingat2 balik memang kelakar..aku paksa dia soh tidur dulu...sebab aku tak tau nak tidur aksi mcmn *ini bukan statement 18sx ye..=p...rasa kekok bila ada orang kat sebelah...ok..fullstop!!!=p
saat bertukar status...weee!!!

3 bulan bergelar isteri, kitorang mendapat khabar gumbira...somi akan jadi ayah, aku akan jadi ibu...satu benda lagi, yang buat aku tak caya...ada baby dalam perut aku??ada baby gerak2 dalam perut aku???arghhh..!!!hepi, neves, tak caya sume ada...pengalaman pertama yang sangat indah...sepanjang mengandung tak de alahan yang super teruk..cume alah2 biasa n ditambah sikit dengan mengada2...hikhik..

6bulan
7bulan  
8 bulan
tiba masa bersalin, 19 mac 2011 sekali lagi aku mengadap satu pengalaman baru...iaitu melahirkan...sumpah saket time menunggu saat bersalin..8 jam dalam labour room.rasa ni lah kali terakhir aku bersalin...tak nak dah lagi tempuh benda2 ni...tapi bila dah kuar baby rasa seronoknye bersalin!!!menakjubkan kan??hilang semua saket, hilang semua perasaan tak nak bersalin lagi...kuasa tuhan...itulah kekuatan yang diberi untuk orang perempuan yang aku rasa lelaki tak kan sanggup lalui...makin sakit yang dilalui, makin bertambah2 rasa sayang...berbeza dengan lelaki, makin sakit, makin dia benci...tu pandangan aku lah...tak caya, suruh orang lelaki sunat lagi sekali...hahaha!!
discharge selepas seminggu dok spital
40 hari...nak abes pantang!!
sepanjang tempoh berpantang, tak de apa2 yang menyusahkan...tu pun 1st time...semuanya kekok..nak adjust masa tidur kita, nak nyusukan baby, mandikan, siap2kan baby...etc...40 hari tu aku berpantang kat umah mak..so memang tak rasa susah lah kan...sebab mak ada...hehehe...
dapat lihat anak membesar depan mata memang menyeronokkan...dapat tengok perkembangan dia...saat bila dia pandai meniarap, merangkak, duduk, berdiri...alhamdulillah, dia jarang dapat penyakit...mungkin sebab dia menyusu badan, so, khasiat susu ibu adalah yang terbaik...kalau dia dedor2, aku akan telan panadol, dan susukan dia..dan alhamdulillah...tak lama, demam dia pun kebah...mula2 macam rasa kelakar dengan petua ni..tapi bila praktikkan, ia berkesan.so, dia memang jarang makan ubat..memang aku sengaja tak nak biasakan dia dengan klinik, memandangkan dia tak de ap2 penyakit yang serius dan merbahaya...
ni time dia demam paling teruk sekali...kena letak ubat cucuk kat montot baru dia ok

jadi sekarang, semuanya akan bertiga...walaupun kengkadang akan berdua je ngan dak kecik ni sebab ayah nye keje timing tak sama ngan ibu...dan ada rasa terfikir2 nak berempat pulak lepas ni...ermmm....* sambil usap2 dagu...boley ke??
love.sayang.cinta
apepun, sepanjang tempoh dua tahun ni telah memberi aku macam2 pengalaman baru, dan akan aku jadikan panduan dan tauladan supaya akan dapat menjadi isteri dan ibu yang lebih baik...semoga kasih sayang kita kekal hingga ke akhir hayat...gaduh siket2 tu memang dah lumrah dalam hidup berumahtangga...tu lah cabaran yang menguatkan lagi cinta kita...wah.....=p

kan ku curahkan segalanya untuk mu sayang...