Selasa, 14 Disember 2010

checklist keperluan untuk baby..weEeee(^_^)

minggu lepas pegi jusco ngan encik suami..niat dihati nak shoping barang baby..tapi bila dah pi baby department..kite tengok en.suami, en.suami tengok kite...nggeee..tak tau nak beli ape and start dari mana upenye...so, balik ngan tangan kosong je la..nak tak nak kena cari kat tenet gak barang2 yang perlu dibeli..takut barang2 yang penting terlepas pandang dan terbeli yang bukan-bukan pulak...so, ni kite nak share ape yang telah kita dapat...

BARANG ASAS KEPERLUAN BAYI
1) Bakul Pakaian Bayi
2) Baju Lengan Panjang
3) Baju Lengan Pendek
4) Seluar Panjang
5) Seluar Pendek
6) Rompers
7) Barut
8) Bedung
9) Pampers (New Born)
10) Mitten Booties
11) Tuala Kecil
12) Topi Kepala
13) Berus Botol
14) Baby Bip
15) Diaper Bag
16) Alas Getah Bayi
17) Tilam Bayi
18) Bantal Bayi
19) Selimut /selimut bertopi
20) Kelambu
**Nota (nasihat dari org yang dah berpengalaman):

Beli baju Size 14 adalahlebih bagus, boleh pakai lama. lebih selesa. Mudah untuk bapa pakaikan baju bayi.Kemudian, jika bayi anda membesar dengan cepat, pakaian yang bersaiz 3-6 bulan atau 6-12 bulan, boleh digunakan terus. Biasanya pa
kaian bersaiz ‘newborn’ hanya boleh digunakan dalam masa yang singkat sahaja. Kalau nak beli size NEWBORN atau Size 12, beli 2-3 helai sahaja untuk hari-hari terawal.
Dari segi barut perut bayi pula, yang bertampal lebih senang untuk dipakaikan lebih-lebih lagi jika bayi jenis kuat menangis.
BARANG MANDIAN BAYI

1) Bakul Barang Mandian
2) Baby Bath
3) Baby Shampoo
4) Baby Powder
5) Baby Wipes
6) Kapas Kecil
7) Tab Mandian Bayi

HEALTH CARE

1) Bakul Barangan Grooming &Health Care
2) Minyak Yuyi Cap Limau
3) Vicks
4) Gunting Kecil
5) Pemotong Kuku
6) Baby Lotion
7) Baby Oil
8) Krim Lampin
9) Sikat / Berus Rambut
10) Cotton Bud

BARANGAN BREASTFEEDING

1) Breast Pump Set
2) Cooler Bag Set
3) Warmer (tempat menyimpan botol susu yang dah bancuh)
4) Sterilizer
5) Botol Susu
6) Storage Bottle
8) Nursing Cover
9) Nursing Bra
10) Breast Pad
11) Puting

**Note:

Puting Botol Susu

Size S – 0 – 3 bulan
Size M – 3 – 6 bulan
Size L – 6 – 12 bulan
Size XL – 12 bulan ke atas
Puting X – 6 bulan ke atas (tak tumpah)



BARANGAN ASAS UNTUK IBU

1) Set Selepas Bersalin
2) Bengkung
3) Baju Sejuk
4) Tungku Moden
5) Selipar
6) Kain Batik
7) Pad (Extra Long)
8) stokin
9) minyak urut

Beg Hospital Emak
1. Buku Rawatan Merah - LAST MINUTE
2. Kad Pengenalan - LAST MINUTE
3. Guarantee Letter - LAST MINUTE
4. Telefon Bimbit - LAST MINUTE
5. Kamera - LAST MINUTE
6. Baju / T-Shirt
7. Kain Batik
8. Tudung / Skaf
9. Stoking
10. Baju Dalam / Seluar Dalam
11. Tuala Muka
12. Peralatan Mandi
13. Tuala Mandi
14. Bedak
15. Sikat
16. Maternity Pad
17. Pad Biasa
18. Breast Pad
19. Baju Sejuk
20. Selipar
21. Beg Plastik Baju Kotor
22. Minyak Angin / Urut
23. Beg Pakaian
24. Getah rambut

**Note:
jangan lupa bawa baju yang akan digunakan untuk pulang ke rumah(bawak la yang lawo sket..and pilih yang longgar dan butang di de
pan -Mudah Untuk Menyusukan Bayi)


Bakul Hospital Emak
1. Air Selusuh
2. Air Zam-Zam
3. Makanan / Minuman( biskut/roti/milo se
gera)
4. Termos Panas
5. Majalah / Buku / Al-Quran
6. Tisu
7. Bakul
**Nota : Selepas tempoh berpantang, perubahan hormon akan menyebabkan ibu keguguran rambut dengan teruk. Selsun Blue mampu merawat kulit kepala yang bermasalah, memberi ‘kekuatan’ dan membantu masalah rambut seperti gatal kulit kepala, kelemumur, keguguran rambut. so, mesti potong rambut dan mengawal serta menjaga rambut dengan betul

Beg Hospital Anak
1. Pampers New Born
2. Baju Siang / Malam
3. Seluar Siang / Malam
4. Mitten & Booties
5. Bedung
6. Barut
7. Topi
8. Selimut
9. Tuala Mandi Baby
10. Tuala Muka
11. Baby Wipes
12. Baby Bath
13. Baby Shampoo
14. Baby Powder
15. Baby Lotion
16. Baby Oil
17. Minyak Yuyi
18. Vicks
19. Minyak Telon
20. Diaper Beg


KELENGKAPAN LAIN
1.Kereta Sorong Bayi/stroller
2.Tempat Duduk Bayi Di Kereta
3.Bag bayi (Kecil) untuk diapers dan 1 helai baju, sekadar keluar 2-3 jam. Jenis Tote lebih praktikal dan sesuai.
4.Bag bayi (Large) untuk keluar lebih lama, bermalam
5.Tiub Menyedut Hingus / Nasal Aspirator
6.Set Ketip Kuku Bayi
7.Sikat / Berus Rambut Lembut Bayi
8.Musical Toys / Music Box Utk lenakan bayi



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

apa kata kamu??