Jumaat, 29 Julai 2011

rambut oh rambut...

mcm ni lah rambut aku kat sikat...(sikat pun sama...heee)
kat katil,bawah katil,atas lantai,atas sofa, bilik air, dapur...penuh dengan rambut..dimana aku berada disitu gugurnya rambut...adei...rambut tebal aku dah semakin menipis..aku jd fobia untuk membelai rambut...uishhh...berhelai2 yang mengikut di tangan...orang kata kalau anak main bubble2 kat mulut,maken gugur rambut ibunye...ermmmm..umar??memang sgt syok main bubble2..oh men!adakah ianya berkaitan??secara logiknye macam tak bersangkut paut...anak main air liur,ibu gugur rambut..aku tak terer sgt sains2 ni,jd tak de jawapan...so mr.google,plz help me!!

Apa yang anda perlu ketahui: 
  1.  Keguguran rambut selepas bersalin adalah normal. (oohhh.....)
  2. Wanita mempunyai anggaran 100,000 helai rambut di atas kulit kepalanya.  (banyak nye...)
  3. Purata 100 helai rambut gugur setiap hari.(lebih kot...huhuhu...)
  4. Pertambahan hormon estrogen semasa hamil menyebabkan rambut tumbuh dengan lebih banyak. (betul2...rambut aku tebal cket masa pegnent)
  5. Jadi semasa hamil, rambut anda biasanya lebih tebal dan lebih sihat. (seee....)
  6. Selepas anda bersalin, paras hormon akan kembali normal. 
  7. 2-3 bulan selepas itu anda akan mengalami keguguran rambut yang agak teruk terutamanya jika keturunan anda ada masalah botak. Teori orang-orang lama mengatakan bahawa keadaan ini mula berlaku apabila anak mula menyemburkan air liurnya. (kan...still tak dapat jwpn tentang kaitannya)
  8. Keadaan ini akan berterusan selama 3-6 bulan lagi dan mungkin sehingga 9 bulan.(skrg bru bulan-4)
  9. Ia tidak dipengaruhi oleh penyusuan susu ibu. 
  10. Selepas ini pertumbuhan dan keadaan rambut akan kembali kepada keadaan sebelum anda hamil.(amin...)
Untuk mengurangkannya: 
  1. Ada ibu akan mula memotong rambut selepas ini kerana rambut yang pendek sedikit sebanyak dapat mengurangkan masalah keguguran rambut selain daripada mudah diurus. (dah potong dah...)
  2. Rambut ibu yang panjang mungkin boleh membelit tangan, kaki atau lain-lain anggota badan bayi membuatkan bayi berasa sakit dan tidak selesa. (yup..ibu pun tak selesa...)
  3. Jangan lupa, teruskan ambil makanan yang sihat dengan protin dan zat besi secukupnya. 
  4. Anda boleh meneruskan pengambilan vitamin pranatal anda. 
  5. Gunakan sikat lembut dan sikat rambut dengan cermat untuk mengelakkan sikat menarik rambut dengan lebih banyak. Elakkan menyikat rambut semasa rambut basah. 
  6. Elakkan membuat rawatan menggunakan bahan kimia seperti mengerinting, mewarnakan dan sebagainya sehingga rambut kembali normal. 
  7. Bersabarlah, kerana keadaan ini hanya sementara sahaja. 
  8. Beritahu doktor anda jika keguguran rambut sangat serius terutamanya jika terdapat gejala lain.
Sumber:dermatology.svhm.org.au dan Postpartum hair loss, babycenter.com

ni la budak yang wat rambut ibu gugur...hheeppp!!bese dia...hihihi

ibu sayang umar ketat-ketat

pegang ku erat2..peluk ku kuat2...
rasa berat je nak g keje tadi...bila bangun disambut dengan senyuman umar yang cumil...pukul 6 aku separuh sedar tengok dia meniarap dan muka mengadap aku..bila aku bukak mata seluasnya aku tengok dia senyum kat aku...feel seronok yang lain macam je...terus aku angkat dia dan peluk kuat2...cium dia lama2...dia maken senyum...rasa mcm nak nanges je...terharu sgt..ibu sayang umar sgt!wah...terbau2 bau musyuk masyam dia...mcm nak balik umah je...hihihi...

atasi suami panas baran...

hype!entry ni actually tak de kena mengena ngan aku..cume macam kengkadang i really need it...huahuahua...mengapakah??sebab aku ni seorang yang akan cepat temper,and benda ni mudah berjangkit pada en.suami...eh..ops!!ada kena mengenalah maknenye kan??hik!
ni antara cara yang aku cilok dr blog2 yang berkaitan...

1. Wujudkan Empati dalam Diri - Sudah menjadi lumrah manusia mudah selesa dan tenang apabila mengetahui ada individu lain yang memahaminya. Lantaran itu, cubalah letakkan diri anda dalam situasi suami. Empati yang wujud dalam diri anda sebenarnya secara tidak langsung boleh meredakan kemarahannya. Apabila berpeluang, tanyalah suami dengan soalan terbuka (open ended question). Namun, pada masa yang sama anda perlu ingat. Cara dan nada anda bertanya penting dalam mempengaruhi emosi suami. Setelah selesai bertanya, diamlah seketika untuk memberi laluan kepada suami meluahkan rasa marahnya. Kemarahannya akan beransur-ansur reda.

2. Alihkan Perhatian - Perasaan marah jika dibiar dan dilayan tentu menjadi bertambah parah. Apabila menyedari ada tanda-tanda baran suami akan muncul, berusahalah untuk mengalihkan perhatiannya. Sebagai isteri, anda tentu maklum tentang perkara-perkara yang mampu menarik perhatian suami anda. Jadi, anda boleh memancingnya dengan berbicara tentang hal-hal tersebut. Kebijaksanaan anda melakukannya mampu membuatkan dia terlupa sebentar tentang kemarahan yang sudah berputik tadi.

3. Usah Simbah Minyak ke Api - Umumnya, kemarahan boleh menjadi bertambah hebat jika ada yang merangsangnya. Oleh itu, usah cuba-cuba membakarkan lagi amarahnya. Ini boleh memburukkan keadaan. Dan tidak mustahil juga nanti, tangannya akan singgah ke muka anda.
Oleh itu, hadapilah suami anda dengan tenang. Apabila anda ingin bersuara, ucapkanlah dengan nada yang rendah dan perlahan. Tindakan ini boleh menjadikan dia lebih relaks sekaligus membuatkan dia tidak jadi untuk terus marah. Cara ini mungkin kurang efektif jika baran suami anda memuncak kerana pengaruh dadah ataupun alkohol. Walau bagaimanapun, setidak-tidaknya ia dapat mengelakkan situasi daripada bertambah teruk.

4. Buatkan Dia Tersenyum - Ketawa bukan sekadar pengubat duka. Namun, kalau kena pada gayanya ia mampu menjadi penawar kemarahan suami. Apatah lagi jika sememangnya suami anda mempunyai unsur humor dalam dirinya. Apabila anda lihat ada riak wajah marah ataupun terdapat tanda-tanda dia akan baran, cubalah bergurau dan berbuat jenaka dengannya. Cara anda yang spontan sedikit sebanyak boleh memadamkan api kemarahannya. Namun jika suami anda seorang yang serius, cara ini mungkin tidak sesuai.

5. Bernafaslah dengan Relaks - Tidak dapat tidak, hati anda akan mula berdebar apabila melihat tingkah laku suami yang baran. Perasaan anda juga tentu bercampur baur. Sebaik-baiknya anda cuba relaks. Kemudian tarik nafas dalam-dalam secara perlahan-lahan. Selepas itu, lepaskan nafas dengan cara yang sama. Sedikit sebanyak cara ini mampu membuatkan anda lebih bertenang. Kandungan oksigen yang mencukupi di samping perjalanan darah yang lancar membolehkan 'cerebral cortex' anda dirangsang. Ini membolehkan anda berfikir lebih rasional selain memberikan anda keupayaan untuk menguruskan tekanan akibat baran suami anda.

6. Kenal Pasti Punca - Akur ataupun tidak, setiap kemarahan pasti ada puncanya. Lantaran itu, cubalah anda selami sebab baran suami anda terutamanya jika selalu benar dia begitu. Mungkin anda boleh kenal pasti dengan cara berbual dan berbincang sewaktu dia berada dalam keadaan tenang. Kemudian, anda boleh cuba memperbaiki keadaan. Kejayaan anda menyelesaikan punca sebenar tentu boleh mengelakkan suami anda menjadi baran sebagai suatu tabiat.

7. Berjumpa Orang Ketiga - Berhadapan dengan suami yang panas baran memang memeningkan kepala. Apatah lagi jika tabiat tersebut seolah-olah sudah sebati dengannya. Pelbagai cara telah diambil, namun suami masih begitu. Cubalah minta bantuan orang ketiga yang rapat dengannya sekaligus turut dihormati oleh suami. Mintalah orang tersebut menasihati suami anda. Jika tiada pilihan lain, anda dan suami juga boleh pergi bertemu dengan kaunselor bagi mendapatkan bantuan dan khidmat kaunseling.

8. Berdoa - Bukan mudah mengubah sikap seseorang terutamanya kalau sudah sebati dengan dirinya. Oleh itu, berdoa dan berserahlah diri kepada Allah SWT. Minta petunjuk daripada-Nya agar suami anda tergerak hati untuk berubah.
Wallallahualam...byk2kan bersabar

Rabu, 20 Julai 2011

umar 4 bulan

hip2!hoorey!!alhamdulillah...semalam umar dah masuk 4 bulan...membesar dengan sihat..latest berat dia ialah 6.65kg..frust gak sebab naik ciket jewp..tapi tak pe..jnj anak ibu sehat...=)..
perkembangan nye...
*opkos dah pandai meniarap...=)
*dah angkat montot..habes merah muka bila muka dia terbenam kat tilam nak angkat montot nye pasal..
*suke sgt gelak...ikut mood dia gak..hoho
*akan senyum setiap kali bangun tido..=)senyum...tak perlu kata apa2!..
*belah petang mesti nak jenjalan luar rumah..
*tak nak dok sengsorang..mesti nak tengok orang...mcmn ibu nak wat aktiviti dalam toilet,bile ayah gi keje??huhu...
*sgt excited bila nampak ibu dia...heehehee...terharu..
*dah isap jari kaki...oh men!!!
dah pandai meniarap..

elastik..melentur badan biar dr kecilnya...