|
mcm ni lah rambut aku kat sikat...(sikat pun sama...heee) |
kat katil,bawah katil,atas lantai,atas sofa, bilik air, dapur...penuh dengan rambut..dimana aku berada disitu gugurnya rambut...adei...rambut tebal aku dah semakin menipis..aku jd fobia untuk membelai rambut...uishhh...berhelai2 yang mengikut di tangan...orang kata kalau anak main bubble2 kat mulut,maken gugur rambut ibunye...ermmmm..umar??memang sgt syok main bubble2..oh men!adakah ianya berkaitan??secara logiknye macam tak bersangkut paut...anak main air liur,ibu gugur rambut..aku tak terer sgt sains2 ni,jd tak de jawapan...so mr.google,plz help me!!
Apa yang anda perlu ketahui:
- Keguguran rambut selepas bersalin adalah normal. (oohhh.....)
- Wanita mempunyai anggaran 100,000 helai rambut di atas kulit kepalanya. (banyak nye...)
- Purata 100 helai rambut gugur setiap hari.(lebih kot...huhuhu...)
- Pertambahan hormon estrogen semasa hamil menyebabkan rambut tumbuh dengan lebih banyak. (betul2...rambut aku tebal cket masa pegnent)
- Jadi semasa hamil, rambut anda biasanya lebih tebal dan lebih sihat. (seee....)
- Selepas anda bersalin, paras hormon akan kembali normal.
- 2-3 bulan selepas itu anda akan mengalami keguguran rambut yang agak teruk terutamanya jika keturunan anda ada masalah botak. Teori orang-orang lama mengatakan bahawa keadaan ini mula berlaku apabila anak mula menyemburkan air liurnya. (kan...still tak dapat jwpn tentang kaitannya)
- Keadaan ini akan berterusan selama 3-6 bulan lagi dan mungkin sehingga 9 bulan.(skrg bru bulan-4)
- Ia tidak dipengaruhi oleh penyusuan susu ibu.
- Selepas ini pertumbuhan dan keadaan rambut akan kembali kepada keadaan sebelum anda hamil.(amin...)
Untuk mengurangkannya:
- Ada ibu akan mula memotong rambut selepas ini kerana rambut yang pendek sedikit sebanyak dapat mengurangkan masalah keguguran rambut selain daripada mudah diurus. (dah potong dah...)
- Rambut ibu yang panjang mungkin boleh membelit tangan, kaki atau lain-lain anggota badan bayi membuatkan bayi berasa sakit dan tidak selesa. (yup..ibu pun tak selesa...)
- Jangan lupa, teruskan ambil makanan yang sihat dengan protin dan zat besi secukupnya.
- Anda boleh meneruskan pengambilan vitamin pranatal anda.
- Gunakan sikat lembut dan sikat rambut dengan cermat untuk mengelakkan sikat menarik rambut dengan lebih banyak. Elakkan menyikat rambut semasa rambut basah.
- Elakkan membuat rawatan menggunakan bahan kimia seperti mengerinting, mewarnakan dan sebagainya sehingga rambut kembali normal.
- Bersabarlah, kerana keadaan ini hanya sementara sahaja.
- Beritahu doktor anda jika keguguran rambut sangat serius terutamanya jika terdapat gejala lain.
Sumber:dermatology.svhm.org.au dan Postpartum hair loss, babycenter.com
|
ni la budak yang wat rambut ibu gugur...hheeppp!!bese dia...hihihi |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
apa kata kamu??