Rabu, 12 Januari 2011

kurma..kurma...oh kurma....


selepas 4 hari bercuti, rasa tersangatlah tidak rajin untuk ke opis..naik2 je kwn opis aku terus datang kat aku terus bagi satu artikel tentang amalan ketika mengandung untuk memudahkan bersalin...
dan aku nak share benda ni dengan korang jugak..yang pertama, amalkan surah an-Nahl ayat 78-80.

"Dan Allah mengeluarkan kamu dari perut ibu kamu dengan keadaan tidak mengetahui sesuatu pun dan Dia mengurniakan kepada kamu pendenganran dan penglihatan serta hati (akal fikiran) supaya kamu bersyukur"(78)
khasiat surah ini adalah untuk memudahkan wanita hamil bersalin..insya Allah...

"Berilah makan kurma kepada isteri-isteri kamu yang hamil, kerana sekiranya wanita hamil itu memakan buah kurma, nescaya anak yang bakal dilahirkan itu menjadi anak yang penyabar, bersopan santun serta cerdas pemikirannya"

"Berilah makanan kurma pada wanita yang hamil sebelum dia melahirkan, sebab yang demikian itu akan menyebabkan anaknya menjadi seorang yang tabah dan bertaqwa (bersih hatinya)"

Adalah amat baik sekali jika mengamalkan memakan buah kurma semasa mengandung kerana ini akan memudahkan bersalin nanti.

Semasa bayi dilahirkan, buah kurma juga dicalitkan sedikit di lelangit bayi.

hhmmm...Kena cari kurma pas ni..time puasa hari tu hari-hari makan kurma..ni dah tak bulan puasa, harap....anyway tengkiuq pada en.halmi atas perkongsian ilmu anda yang amat berguna itu...=)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

apa kata kamu??