Khamis, 9 Ogos 2012

duit raya/ ang pow / sedekah

antara duit raya, ang pow dan sedekah mana yang lebih diutamakan dalam masyarakat kita sekarang? pantang raya, duit raya akan jadi perkara pertama terutama pada kanak-kanak.  masa kecik dulu pun aku macam tu jugak. sanggup berjalan berkilo-kilometer semata-mata nak collect duit raya, ntah rumah sape2 sume kitorang akan beri salam.  soalan bagi tuan rumah yang malas nak melayan ialah nak makan or nak duit raya? jawapan yang tak perlu difikir2 lagi tentulah duit raya...ada tuan rumah yang terlebey melayan akan interview sedetailnya pasal kita...bila tuan rumah bagi sikit, akan merungut macam-macam kata orang tu kedekut, taik idung masin...paling sikit masa zaman budak2 dulu ialah dapat 5sen...gile kedekut...kebanyakan rumah akan dapat 50sen...kalau dapat rm1 tu dah kira untung besar sangat dah...suke bukan main...balik akan report kat mak rumah ni bagi berapa, rumah tu bagi berapa...walaupun mak macam tak nak amik tau je sebab anak dara sorang dia ni dah terkeluar sempadan sampai rumah orang yang tak kenal pun diredahnya...
bila dah besar ni, kita pulak jadi pemberi duit raya...budak-budak tak kenal pun ada yang datang rumah..ingatkan zaman aku je...zaman dah canggih ni pun ada jugak budak yang buat tradisi collect duit raya kat rumah orang yang tak kenal...bila bagi rm1 merungut bukan main..ek eleh..singgit je...terbakar telinga aku.....bila group yang tak ramai, bagi lah dua ringgit...abes dia canang kat kawan2 rumah aku dapat rm2...tak pasal-pasal kena serbu, bila dah ramai sangat memang bagi rm1 je...komplen pulak kata budak tadi dapat rm2...kita dapat rm1 je...kedekut...pehhhh...tapi bila pikir2 balik, boley wat tersenyum..sebab aku dulu pun macam tu jugak..=)cuma budak2 sekarang memang berani..aku dulu dah keluar dari rumah baru merungut, ni diorang masih dalam rumah dah berkata sedemikian...macam nak lempang-lempang je aku yang mendengar ni...

ok...berbalik pada niat asal aku buat tajuk entry ni ialah ekoran dari tajuk kat johara pagi era yang bertopikkan duit raya...hmmm...aku dengar sekejap je tadi...dekat part dorang contact david teo tu je... hmmm...bila difikir-fikir balik apa tujuan duit raya ni diberikan??dan semalam dekat rumah dapat risalah sumbangan untuk anak-anak yatim dan orang-orang miskin yang dibuat oleh surau Nurussalam Pulai Indah dalam program Majlis Tautan Kasih dan Khatam Al-Quran...dekat risalah tu  ada sepotong hadis dan ayat

Rasullullah SAW ditanya, " Wahai Rasulullah apakah bentuk sedekah paling afdal?  baginda menjawab, kamu bersedekah pada bulan ramadan" (hadis Muslim)

Firman Allah " Orang yang membelanjakan hartanya pada malam dan siang hari secara sulit atau berterang-terang, maka mereka beroleh pahala di sisi Tuhan mereka, dan tidak ada kebimbangan kepada mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita" (surah al Baqarah : 274)

tapi sayangnya masyarakat kita sudah terbiasa dengan amalan memberi duit raya/ sumbangan pada bulan syawal...mungkin pada ketika itu sahaja kita akan berkesempatan berkumpul bersama sanak saudara...mungkin kita boleh menukarnya secara perlahan-lahan dengan memberi sebelum raya...pada kanak-kanak mungkin sesuai diberi pada hari raya...untuk menambahkan lagi kemeriahan dan memberikan mereka kegembiraan..tapi pada yang betul-betul memerlukan untuk persiapan hari raya kita boleh beri lebih awal...pada ibu bapa, anak-anak yatim dan yang betul-betul memerlukan..mungkin tak perlu banyak, berilah seikhlas mungkin...insya Allah, Dia akan membalas berlipat kali ganda...rezeki kita datang dari Dia juga...jadi tak perlu kedekut untuk berkongsi dengan hambaNya yang lain...wallahhualam.....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

apa kata kamu??