Khamis, 5 Julai 2012

bawaku terbang...

babai kapal terbang!babai kapal terbang!!!...dari bawah aku  dan kawan-kawan berlari melambai  kapal terbang yang tinggi di awan sampai ianya hilang dari pandangan....wah...dah macam cerpen tak???hahaha...situasi tu berlaku time aku masih kecil semasa tinggal di kawasan perkampungan setinggan...tinggi angan-angan nak naik kapal terbang...bila lah dapat merasa naik kapal terbang...dan sehingga kini usia aku dah pun nak menjangkau 27 tahun..masih tak merasa...
jadi, perlu tahu betapa excitednya aku, bila opis buat lawatan yang perlu berkenderaankan kapal terbang...sarawak je pun..tapi dah cukup buat aku teruja...weeee....akhirnya...walaupun penerbangan domestik je, tapi inilah saat 'first time' aku yang perlu aku hargai sebab dari kecik memang selalu berangan kalaulah dapat naik kapal terbang...ermmm...akan aku melambai ke bawah pula....bertukar posisi...dari hanya melambai dari bawah keatas kepada melambai dari atas ke bawah...biarlah orang nak kata aku jakun...memang aku jakun...so??hihi...tapi kat luaran kontrol je...buat2 macam tak berapa nak heran...tapi kat dalam...suke yang amat!=)hik..
jadi esok aku akan terbang ke sarawak...malam ni berkemas-kemas...semoga perjalanan selamat...(>_<)
babai umar!!ibu kat atas ni...=)
Lawatan 3hari 2 malam ke kuching sarawak- Lawatan ke Kementerian Kerajaan Tempatan dan Pembangunan Komuniti Sarawak dari 6-8 Julai 2012

6hb
- berlepas jam 12.30 tengahri.
- Tiba di Kuching jam 1.55ptg
- Lawatan ke KKTPK Petra Jaya jam 3.00ptg.
- Check in di Hotel Riverside Majestic
- Makan malam - Seafood- Taman Kereta : Restoren Melayu)

7hb
- Lawatan ke Semengoh Wildlife Centre (Orang Utan)
- Lawatan ke KIlang Pembuatan Tembikar
- Makan tengahari di Restoren Grand Malay
- Lawtan ke Kampung Kebudayaan Sarawak
- Lawatan ke Cat Museum
- Naik bot River Taxi ke Kilang Kek Lapis
- Makan malam di Hotel Hilton.

8hb
-city tour- civic centre, city tower, hero monument, kuching waterfront, aquarium, muzium cina & sarawak, round tower, square tower & post office.
- arca kuching putih & kompleks DBKU.
-check out
- berangkat pulang- 6.45 ptg
-tiba senai jam 8.10mlm.

peta lokasi


1 ulasan:

  1. Tahniah dapat naik kapal terbang..Rambang mata la tengok mcm-mcm kek lapis.Kalau sempat jalan la susur sungai blakang hotel tu smp ke restoran James Brooke.Dorang kata laksa Sarawak sedap kat sana (tak sempat rasa).Best korang byk aktiviti jenjalan...Enjoy the food exp kt seafood parking lot tu.Jalan kaki je dr hotel kami kt Grand Margherita, sebelah Riverside.

    BalasPadam

apa kata kamu??