Jumaat, 20 Julai 2012
syaaban pergi, ramadhan menanti...
alhamdulillah..masih berkesempatan untuk merai ramadhan pada tahun ni...mudah-mudahan dipermudahkan... bulan puasa ni aku ada misi besar...tapi keputusannya minggu hadapan...mintak2 dipermudahkan...=)))
Rabu, 11 Julai 2012
welcome to sarawak
dari atas awan |
bukhari chicken briyani...sedap... |
khusyuk mendengar taklimat..ye ye o pun ada.. |
bergambar kenangan |
chamber dun tempat bersidang |
restoren melayu- taman kereta |
midin belacan |
pagi hari ke-2 kami bergerak ke semenggoh tempat orang utan...kebetulan pada hari tu presiden czech juga buat lawatan kat situ, jadi tempat tu jadi agak sesak...tambahan dengan ada kerja-kerja penambakan..tak berapa excited sebab dah selalu tengok orang utan kat zoo...
baru sampai |
gigih meredah hutan |
kekasih lama |
restoren grand malay |
gunung santubong- menyerupai wajah wanita... |
kampung kebudayaan sarawak- di kaki gunung santubong |
takut je kayu ni tak dapat nak menampung berat aku..hark |
enjoy! |
cubit kang peha u...awww!! |
persembahan kebudayaan |
weehhooo!!mari pulang...fine, aku tak terangkat |
kalau sakit gigi, gunakan gambir sarawak ye kawan-kawan... |
belum habis penat, kitorang bersiap-siap untuk makan malam kat hotel hilton...sebelah hotel tempat kitorang menginap..sedap..banyak salmon..i like!nyummmyyy!!lepas kekenyangan kitorang excercise berjalan kat waterfront..seronok cuci mata...orang kat sana pun agak berbeza dengan orang johor...lepas penat berjalan, masa untuk pulang hotel...sampai je hotel terus lelapkan mata...penat tak hengat...
kekenyangan... |
last bergambar kenangan... |
#bila tengok balik gambar-gambar pi sarawak...rasa macam nanges...betapa gemuknye aku...;'(
tekanan!!!!
pasrah dan redha
pasrah itu menyerah, redha itu ikhlas....menyerah dalam ikhlas....=p
bye!!!
Khamis, 5 Julai 2012
bawaku terbang...
babai kapal terbang!babai kapal terbang!!!...dari bawah aku dan kawan-kawan berlari melambai kapal terbang yang tinggi di awan sampai ianya hilang dari pandangan....wah...dah macam cerpen tak???hahaha...situasi tu berlaku time aku masih kecil semasa tinggal di kawasan perkampungan setinggan...tinggi angan-angan nak naik kapal terbang...bila lah dapat merasa naik kapal terbang...dan sehingga kini usia aku dah pun nak menjangkau 27 tahun..masih tak merasa...
jadi, perlu tahu betapa excitednya aku, bila opis buat lawatan yang perlu berkenderaankan kapal terbang...sarawak je pun..tapi dah cukup buat aku teruja...weeee....akhirnya...walaupun penerbangan domestik je, tapi inilah saat 'first time' aku yang perlu aku hargai sebab dari kecik memang selalu berangan kalaulah dapat naik kapal terbang...ermmm...akan aku melambai ke bawah pula....bertukar posisi...dari hanya melambai dari bawah keatas kepada melambai dari atas ke bawah...biarlah orang nak kata aku jakun...memang aku jakun...so??hihi...tapi kat luaran kontrol je...buat2 macam tak berapa nak heran...tapi kat dalam...suke yang amat!=)hik..
jadi esok aku akan terbang ke sarawak...malam ni berkemas-kemas...semoga perjalanan selamat...(>_<)
jadi, perlu tahu betapa excitednya aku, bila opis buat lawatan yang perlu berkenderaankan kapal terbang...sarawak je pun..tapi dah cukup buat aku teruja...weeee....akhirnya...walaupun penerbangan domestik je, tapi inilah saat 'first time' aku yang perlu aku hargai sebab dari kecik memang selalu berangan kalaulah dapat naik kapal terbang...ermmm...akan aku melambai ke bawah pula....bertukar posisi...dari hanya melambai dari bawah keatas kepada melambai dari atas ke bawah...biarlah orang nak kata aku jakun...memang aku jakun...so??hihi...tapi kat luaran kontrol je...buat2 macam tak berapa nak heran...tapi kat dalam...suke yang amat!=)hik..
jadi esok aku akan terbang ke sarawak...malam ni berkemas-kemas...semoga perjalanan selamat...(>_<)
babai umar!!ibu kat atas ni...=) |
Lawatan 3hari 2 malam ke kuching sarawak- Lawatan ke Kementerian Kerajaan Tempatan dan Pembangunan Komuniti Sarawak dari 6-8 Julai 2012
6hb
- berlepas jam 12.30 tengahri.
- Tiba di Kuching jam 1.55ptg
- Lawatan ke KKTPK Petra Jaya jam 3.00ptg.
- Check in di Hotel Riverside Majestic
- Makan malam - Seafood- Taman Kereta : Restoren Melayu)
7hb
- Lawatan ke Semengoh Wildlife Centre (Orang Utan)
- Lawatan ke KIlang Pembuatan Tembikar
- Makan tengahari di Restoren Grand Malay
- Lawtan ke Kampung Kebudayaan Sarawak
- Lawatan ke Cat Museum
- Naik bot River Taxi ke Kilang Kek Lapis
- Makan malam di Hotel Hilton.
8hb
-city tour- civic centre, city tower, hero monument, kuching waterfront, aquarium, muzium cina & sarawak, round tower, square tower & post office.
- arca kuching putih & kompleks DBKU.
-check out
- berangkat pulang- 6.45 ptg
-tiba senai jam 8.10mlm.
peta lokasi |
Rabu, 4 Julai 2012
nisfu syaaban
Marilah malam ni kita ramai-ramai melipat gandakan ibadah kita...semoga ianya menjadi permulaan yang baik...
“Nisfu” bermakna separuh atau 14hb. Kitab Sahih Al-Bukhari dan Sahih Muslim adalah rujukan paling utama dalam Islam selepas Al-Quran.
Berikut adalah antara amal ibadah di hari Nisfu Sya'aban:
1. Selepas solat maghrib (15 Sya'aban) Solat sunat nisfu sya'aban, 2 rakaat
Rakaat 1 : baca Al-Fatihah & surah Al-Qadar 1x
Rakaat 2 : baca Al-Fatihah & surah Al-Ikhlas 3x
2. Membaca Yasin 3x selepas solat Maghribnya (15 Sya'aban)
i) Selepas Yasin pertama : mohon dipanjangkan umur untuk beribadat kepada Allah
ii) Selepas Yasin kedua : mohon rezeki yang halal untuk beribadat kepada Allah
iii) Selepas Yasin ketiga : mohon ditetapkan iman dan Islam & mati di dalam iman & pohonlah segala yang baik.
Kemudian baca Istighfar 11x & selawat 11x Baca doa nisfu Sya'aban (ada didalam Yasin Majmuk)
3. Baca surah ikhlas 1000x
4. Berpuasa pada siangnya
Abul Khair Al Talaqaani r.a. mengira nama2 malam Nisfu Syaaban sebanyak 22.
Antaranya yg termasyhur adalah:
1. Malam Dimustajabkan Doa
2. Malam Pembahagian Takdir
3. Malam Rahmat
4. Malam Berkat
5. Malam Pengampunan (Taubat)
6. Malam Penebusan
7. Malam Syafaat
8. Malam Penulisan
9. Malam Keagungan dan Kemuliaan
10. Malam Rezeki
11. Malam Hari Raya Para Malaikat
12. Malam Penghidupan
Antara kelebihan bulan Sya'aban:
1. Sesiapa berpuasa sehari dalam bulan Sya'aban maka Allah haramkan tubuhnya dari api neraka dan dia akan menjadi teman kpd nabi Allah Yusof didalam syurga.
2. Riwayat dari Osman Bin Abi Al-As, Sabda Nabi Muhammad (saw) : pada malam nisfu sya'aban setelah berlalu 1/3 malamnya, Allah turun ke langit dunia lalu berfirman : adakah orang-orang yang meminta maka Aku perkenankan permintannya, adakah orang yang meminta ampun maka aku ampunkannya, adakah orang yang bertaubat maka aku terima taubatnya dan diampunkan semua orang mukmin lelaki & perempuan , melainkan orang yang berzina atau orang yang berdendam marah hatinya kepada saudaranya.
Sebaik-baiknya minta ampun dengan ibubapa sebelum hari nisfu sya'aban kerana amalan kita akan terhalang dari diangkat ke langit sekiranya kita derhaka/berdosa dengan ibubapa kita.
Abdullah bin Yusuf menyampaikan kepada
kami, dari Malik, dari Abi An-Nadr, dari Abi Salamah, dari Aisyah r.a.
dia berkata (bermaksud), “Adalah Rasulullah s.a.w. berpuasa sehingga kami mengatakan dia tidak berbuka. Baginda s.a.w. berbuka sehingga kami mengatakan dia tidak berpuasa. Aku tidak pernah melihat Nabi s.a.w. berpuasa penuh satu bulan melainkan (dalam bulan) Ramadhan. Aku tidak pernah melihat baginda s.a.w. berpuasa lebih banyak selain dari bulan Syaaban” (Hadis Sahih No. 1969 riwayat Imam Al-Bukhari).
Muaz bin Fadhalah menyampaikan kepada
kami, dari Hisyam bin Yahya, dari Abi Salamah, bahawa Aisyah r.a.
meriwayatkan kepadanya dengan berkata, “Nabi s.a.w. tidak pernah berpuasa dalam satu bulan lebih banyak dari bulan Syaaban. [Nabi s.a.w. berpuasa bulan Syaaban semuanya - lafaz Al-Bukhari]. Nabi s.a.w.
bersabda, “Beramallah dengan mengikut kemampuan kamu, kerana
sesungguhnya Allah tidak akan jemu sehingga kamu yang jemu (dulu –
pent)”. Aisyah r.a. menyambung, “Solat yang paling disukai Nabi s.a.w. ialah solat yang dikerjakan berterusan walaupun sedikit. Adalah Nabi s.a.w. apabila solat, dia mengerjakannya secara konsisten” (Hadis Sahih No. 1970 riwayat Imam Al-Bukhari).
Abu Mikmar menyampaikan kepada kami dari
Abdul Warith, dari Abu At-Tayyah, dari Abu Uthman, dari Abu Hurairah
r.a. berkata (bahawa) “Kekasihku (Nabi s.a.w. )
telah mewasiatkan kepadaku 3 perkara (iaitu) puasa 3 hari setiap bulan
(13, 14 dan 15hb), 2 rakaat Dhuha dan Solat Witir sebelum aku tidur”. (Hadis Sahih No. 60 riwayat Imam Al-Bukhari).
Abdullah bin Maslamah menyampaikaan
kepada aku dari Malik, dari Ibnu Syihab, dari Abi Salamah dan ayahku
Abdullah Al-Agharry, dari Abu Hurairah r.a. sesungguhnya Rasulullah
s.a.w. bersabda (bermaksud) “Tuhanku tabaaraka wa taala turun ke
langit dunia setiap malam bila tinggal 1/3 akhir malam dan berfirman:
Mana orang yang berdoa kepada Aku, untuk Aku memperkenankan doanya? Mana
orang yang meminta kepada Aku, untuk Aku berikan kepadanya? Mana orang
yang memohon keampunanKu, untuk Aku mengampuninya? (Hadis Sahih No. 1145 riwayat Imam Al-Bukhari).
Di dalam Hadis-hadis Sahih riwayat Imam
Al-Bukhari di atas, tidak disebut secara khusus puasa sunat hari Nisfu
Syaaban ie. 14 atau 15hb Syaaban, namun disebut secara khusus berpuasa
sunat pada 13, 14 dan 15hb setiap bulan yang mana termasuklah di
dalamnya hari pertengahan Syaaban (Nisfu Syaaban). Di dalam hadis Sahih
Al-Bukhari di atas juga tidak disebut secara khusus berqiamullail malam
Nisfu Syaaban, tetapi disebut berqiamullail di setiap malam, dan yang
mana ini termasuklah malam pertengahan Syaaban (nisfu Syaaban).
Adapun berqiamullail pada malam Nisfu
Syaaban dan berpuasa pada siang harinya, dengan secara khusus menyebut
kalimat “Nisfu Syaaban”, status hadis-hadisnya (sahih, hasan sahih,
hasan, dhaif, maudhuk dll) adalah menjadi perbincangan akademik para
ulamak hadis. Jika tidak mencapai ke tahap Sahih, ia tidak boleh
dijadikan hujah Syarak, namun jika dipadankan dengan Hadis-hadis Sahih
riwayat Imam Al-Bukhari di atas, ia boleh dijadikan panduan untuk
Fadhail A’mal (Fadhilat-fadhilat Amal Ibadah) dalam Islam.
“Tiada halangan dibuat penyiasatan
ilmiah yang bersih dalam masalah khilaf dalam suasana kasih sayang di
jalan Allah dan bekerjasama ke arah mencapai perkara yang sebenar, tanpa
usaha tersebut membawa kepada perdebatan yang tercela dan taksub” (Imam Hasan Al-Banna).
Akhirnya nanti, secara amalinya, bangun
malam (qiamullail) dan berpuasa 14hb Syaaban adalah ibadah yang
syar’iyy, merupakan salah satu taqarrub ilallah (mendekatkan diri kepada
Allah) dan bukan bid’ah.
Berikut adalah sebahagian hadis-hadis berkenaan Nisfu Syaaban dari kitab Al-Mutajir Ar-Raabih fi thawab Al-Amal As-Soleh karangan Al-Hafiz Ad-Dimyaty:
Dari Usamah b Zaid r.a. berkata, “Aku
bertanya, ya Rasulullah. Aku tidak pernah melihat engkau berpuasa dalam
bulan-bulan lain sepertimana engkau berpuasa di bulan Syaaban”.
Rasulullah bersabda, “Ia adalah bulan yang manusia lalai
terhadapnya, di antara Rejab dan Ramadan. Ia adalah bulan yang diangkat
amalan-amalan kepada Tuhan sekalian alam, maka aku suka amalanku
diangkat sedang aku berpuasa” (riwayat An-Nasaie).
Dari At-Tarmizi dengan sanad-sanadnya dari Anas r.a. dia berkata, “Nabi s.a.w. ditanya apakah bulan selepas Ramadan yang terafdhal berpuasa”. Nabi s.a.w. menjawab bermaksud, “Bulan Syaaban kerana untuk mengagungkan Ramadan”. Nabi s.a.w. ditanya lagi, “Sedekah apakah yang terafdhal?”. Nabi saw menjawab, “Sedekah di bulan Ramadan”. Kata At-Tarmizi, hadis ini hadis Hasan Sahih.
Dari Ibnu Majah dari Ali r.a. dari Nabi s.a.w. bersabda bermaksud, “Apabila
tiba malam Nisfu Syaaban, lalu berqiyamullail pada malamnya, dan
berpuasa di siangnya, maka sesungguhnya Allah swt turun ke langit dunia
ketika matahari terbenam dan berfirman, “Adakah di sana orang yang
memohon keampunan, lalu Aku mengampunkan dia? Adakah di sana orang yang
memohon rezeki, lalu Aku memberi dia rezeki? Adakah di sana orang yang
diberi ujian bala bencana, lalu Aku menyejahterakan dia? Adakah di sana …
adakah di sana … ? sehingga terbit fajar”.
Dari Al-Baihaqy dengan sanad-sanadnya dari Aisyah r.a. bahawa Nabi s.a.w. bersabda bermaksud, “Jibril
telah mendatangi aku dan berkata: Malam ini adalah malam Nisfu Syaaban.
Pada malam itu Allah membebaskan hamba-hamba dari siksaan Api Neraka
seramai bilangan kambing Bani Kalb (merentasi satu tempat) selama
sebulan. Pada malam itu Allah tidak menoleh kepada orang yang melakukan
syirik, pengadu domba (kaki batu api), pemutus silaturrahim, penderhaka
kepada kedua ibu bapa dan orang yang ketagih arak”. Bani Kalb adalah kabilah Arab yang terbesar atau yang memiliki bilangan kambing yang terbanyak.
Akhir kata, Allahumma a’inni ala zikrika wa syukrika wa husni ibadatik (Ya Allah, bantulah aku untuk mengingati, mensyukuri dan beribadah kepadaMu). Ameen ya rabbal alameen.
Isnin, 2 Julai 2012
selamat sudah...=)
30 hb jun lepas isyak rumah jadi sangat meriah..sungguh!sumpah tak sangka tetamu yang hadir sangat ramai..syukur sangat-sangat...seawal pagi tu aku siap-siap berkemas rumah..clearkan semua ruang tamu tinggal gerobok tv je...so, jadilah padang bola sekejap umah aku tu...masak-memasak aku serahkan pada yang pakar...kuih-muih, buah-buahan mengharapkan ihsan dari sedara mara dan jiran tetangga...kiranya aku sediakan goodies je lah..tu pun mak yang tolong pack kan...wahh...senang hidup...petang tu pasang khemah...dah siap seting meja kerusi aku dan suami pergi ambil makanan-nasi beriani serta lauk pauknya kat lima kedai gelang patah... bila balik, keluarga mertua dah sampai...diorang siap2kan buah-buahan dan air...kemudian mak n kak ipar datang bawak mcm-mcm jenis kuih dan jelly...*tak tau apa ke nama nye...tapi yang pasti sedap...tuan umah tak dapat rasa...lepas isyak sorang demi sorang saudara dan jiran tetagga datang...sampai meja buffet jadi full dengan kuih-kuih yang diorang bagi...terima kasih sangat-sangat!!sebelum orang-orang surau sampai, rumah dah penuh dengan tetamu perempuan, bising budak-budak lagi..meriah sungguh...bila orang surau sampai je, yang perempuan semua gerak ke khemah dan ke beranda...so, majlis bermula lebey kurang pukul 9 malam...lepas selesai, dalam pukul sepuluh tetamu pun menjamu selera...sebagai tuan rumah, aku sangat-sangat risau kalau-kalau makanan yang disediakan tak mencukupi...tapi alhamdulillah...semuanya cukup makan dan makanan yang terbuang pun tak de..semua selamat diagehkan sorang sikit...
bila dah makin malam, sorang-sorang gerak balik...tinggallah kami 3 beranak...sume dah balik, kitorang terus terdampar depan tv..macam nak tercabut kaki, saket tapak kaki ni...mujur budak kecik umar tak meragam..kitorang sama-sama ttido depan tv....
syukur semuanya selamat dan dipermudahkan...=)
*gambar tak banyak..masing-masing sibuk...sampai terlupa nak amik gambar anak beranak...huhu...gambar umar pakai baju melayu pun tak de...uurrrmmm...
bila dah makin malam, sorang-sorang gerak balik...tinggallah kami 3 beranak...sume dah balik, kitorang terus terdampar depan tv..macam nak tercabut kaki, saket tapak kaki ni...mujur budak kecik umar tak meragam..kitorang sama-sama ttido depan tv....
syukur semuanya selamat dan dipermudahkan...=)
*gambar tak banyak..masing-masing sibuk...sampai terlupa nak amik gambar anak beranak...huhu...gambar umar pakai baju melayu pun tak de...uurrrmmm...
berselawat |
jiran tetangga |
ketua yassin |
abah dan bapak mertua |
abah bagi sepatah dua kata wakil kan anak menantu yang pemalu |
sedara mara dan jiran tetangga |
selamat menjamu selera |
Langgan:
Catatan (Atom)