|
kita akan sentiasa bersama-sama...ini janji saya...wakakaka!! |
Air dapat mengawal keinginan makan anda secara semula jadi. Jadi berilah
perhatian terhadap
kenyataan ini. Kekurangan pengambilan air akan menyebabkan keinginan
untuk makan anda akan bertambah. Otak anda tidak dapat membezakan
diantara lapar dan dahaga.
Jadi apabila anda berasa lapar, kemungkinan besar tubuh badan anda memberikan isyarat kepada anda bahawa
“anda perlu minum air”. Jika anda tidak mengambil air yang secukupnya dan anda berasa teramat lapar…
sebenarnya apa yang diinginkan oleh tubuh anda adalah air.
Terdapat banyak kes dimana perut individu tersebut terasa terlalu pedih
(akibat lapar), tetapi selepas dia minum segelas ataupun dua gelas air… perasaan tadi hilang. Jika anda tidak percaya, anda boleh mencubanya.
Apabila anda minum air dengan kerap setiap hari, anda akan dapati
keadaan kulit anda bertambah cantik serta kurang berlaku kekejangan
otot-otot anda dan sembelit. Ramai yang mengatakan tenaga mereka semakin
meningkat, kurang lapar dan bagi mereka yang sering sakit kepala,
mereka dapat merasa berkurangan.
Apa yang paling menyeronokkan… ramai yang menyedari bahawa berat
serta ukuran lilitan perut mereka semakin berkurangan. Jika anda
mengamalkan diet tanpa mengambil sejumlah air yang mencukupi badan anda
akan mula menghasilkan satu keadaan bagi menyimpan air.
Tubuh anda memang telah direka sebagai satu mekanisma yang dapat
bertahan bagi meneruskan kehidupan anda. Ia akan menyimpan
nutrien-nutrien penting sebagai langkah berjaga-jaga jikalau berlaku
sebarang kekurangan bekalan pada masa hadapan.
Jika kadar kandungan air yang terdapat di dalam badan anda sering
tidak mencukupi ia akan memaksa badan anda menyimpan lebih banyak air
sebagai bekalan simpanan. Disebabkan jumlah air yang banyak tersimpan,
badan anda menjadi membesar.
Bagi mengurangkan saiz simpanan air didalam badan anda serta
pengurangan berat, anda perlu kerap minum air. Jadi… minumlah
sekurang-kurangnya 8 gelas air sehari bagi mengelakkan keadaan ini dari
terjadi.