sungguh besar kuasa Nya..setiap perkembanganmu ibu dapat lihat...Maha suci Allah...sungguh cantik perjalanan perkembangan seorang manusia...dari hanya tahu berbaring, kamu mula meniarap, kemudian duduk, merangkak, dan kini baru mula bertatih...dari hanya ada gusi mulus, satu demi satu gigi mu mula tumbuh berbaris di atas batas gusi mu itu dan dari hanya tahu menangis, kamu mula tersenyum, ketawa dan mula berkomunikasi. walaupun bahasa yang tidak difaham ibu percaya kamu sentiasa belajar sayang..dan ibu doakan ianya akan berterusan hingga kamu dewasa...moga tidak tergelincir dari landasan Nya..agar perjalanan hidup kamu terus cantik seperti yang dirancang...
Mungkin sekarang kamu belum mengerti apa-apa lagi...tapi ketahuilah wahai anakku, hadirmu benar-benar mengubah ibu..kamu telah mengajar ibu betapa besarnya makna kasih sayang ibu kepada anaknya..yang tak pernah ibu terfikir sebelum ni...sesuatu yang diluar batasan...kesanggupan ibu untuk berkorban apa sahaja untuk anaknya...ye..kamu membuatkan ibu bertambah sayang dengan nenek kamu...kamu membuatkan ibu lebih peka dengan nenek kamu...terima kasih sayang...moga rangkaian kasih sayang ini tiada penghujungnya...
sempena hari ulangtahun kamu yang pertama ini, ibu mahu mengucapkan selamat ulangtahun..moga yang pertama ini menjadi titik permulaan untuk kamu terus berusaha menjadi yang terbaik di kalangan yang terbaik... ibu dan ayah sentiasa mendoakan kamu...sayang kamu ganda 23!!!