Langkah 1:
Masukkan 3 digit pertama no. tel bimbit anda ( tidak termasuk 01X)
Langkah 2:
Kali dengan 80 ( X 80)
Langkah 3:
Tambah dengan 1 ( + 1)
Langkah 4:
Kali dengan 250 ( X 250)
Langkah 5:
Tambah dengan 4 digit terakhir no. tel bimbit anda
Langkah 6:
Sekali lagi Tambah 4 digit terakhir no. tel bimbit anda
langkah 7:
tolak dengan 250(- 250)
langkah 8:
Bahagi dengan 2 ( /2)
Apakah ini no Tel Bimbit anda?
Jumaat, 30 September 2011
Rabu, 21 September 2011
mohd fauzie...
kepada encek suami
saya amat menyintai kamu.
terima kasih kerana menyayangi saya dan anak kita...
*gedik lak tetibe..hihi...=p
anak beralih bulan..ibu yang demam
mungkin doaku untuk transfer sakit dari anak dimakbulkanNya..sekadar demam selsema dan batuk masih kuat untuk aku hadapi berbanding anak kecil yang belum pandai membuang hingus dan kahak..sekurang-kurangnya aku dapat melihat dia tersenyum dan sagala sakit yang aku hidap pergi begitu sahaja setiap kali melihat leretan senyumannya...demamnya sudah kebah..tapi batuk masih berbaki..maka terjadilah peristiwa berlawan batuk antara anak dan ibu..owh..sumpah tak sanggup melihat dia batuk persis mahu terkeluar anak tekak...mujur ubat batuk perisa resberry ditelan dengan mudah berbanding dengan ubat demam yang sedikit pahit..kurang sedikit perit di tekaknya...*agak je...
Isnin, 19 September 2011
umar suda 6 bulan!alhamdulillah...
usia anak kecil menjangkau bulan ke-6..semakin matang meniti usianya..laungan bak buluh perindu manja setiap pagi mengejutkan ayah dan ibu dari lena diulit mimpi..anak ibu sudah pandai
#menyiarap dan bergerak persis combat membuat latihan ketenteraan.sgt laju
#aktif..boley jadi gado kalu nak pakaikan pampers n baju dia...kena pantas!
#umar..!!terus toleh sape yang panggil...
#suke sgt gigit kaki kerusi...kaki orang pun dia suke..
#dah tumbuh gigi!!
#mcm phm bila org dewasa berbual..fokus!
#menyiarap dan bergerak persis combat membuat latihan ketenteraan.sgt laju
#aktif..boley jadi gado kalu nak pakaikan pampers n baju dia...kena pantas!
#umar..!!terus toleh sape yang panggil...
#suke sgt gigit kaki kerusi...kaki orang pun dia suke..
#dah tumbuh gigi!!
#mcm phm bila org dewasa berbual..fokus!
Rabu, 14 September 2011
hati mesti bersih
kebelakangan ini entry ku sungguh extra bersastera..kerana hati telah tersentuh dan kini aku kembali normal..nurul syarina abdul jalil.seperti sedia kala...mahu lupakan tapi semakin teringat...aduh..semasa menaip malaikat dikanan membisik ....biarlah..yang lepas biar berlalu..tak usah pikir lagi..doakan yang baik2 shj..manakala syaitonah sebelah kiri membisik...eee..gaduh jgn tak bergaduh syarina!alang2 dah sampai sini jgn ada kata maaf lagi!...ermmmm...aku manusia lemah hanya mengiakan kedua2nya..bagaimana hati mahu bersih.???ianya mesti bersih...(-_-)..sebenarnya syarina belum kembali normal....
tak mengapa...
ye..tak mengapa tidak punya kwn yang sgt ego persis skuter ego merak yang sentiasa mahu dipuji...tidaklah menjadi salah jika seorang teman mahu menegur akan sikap angkuhnya yang kelak akan membinasakan dirinya...memuji diri sendiri sambil menghina manusia lain sungguh kejam...tidak salah kerabatnya kerana mempertahankan darah dagingnya..tapi apekah besar dosa dan kesalahan hingga mahu memutuskan silaturrahim??kata maaf bertalu diberi tapi satu pun tidak disambut...ya..kamu ego...bukan mahu menyumpah atau pun mendoakan keburukan nya..tapi berharap dia akan menemui kekesalan atas perilakunya....ya!aku marah kerana aku pernah menyayanginya..sayang sahabat yang bertahun bersama menimba ilmu...tapi dengan hanya secebis gurauan disalah terjemah lalu dengan mudah ikatan yang dijalin terputus begitu sahaja...kamu manusia angkuh!!tak mengapa...moga kamu akan sedar suatu hari nnt..biarlah ia dengan dunianya....
Jumaat, 9 September 2011
bila ianya terlalu sensitif
bila tersentuh..terus menguncup..ni la dia semalu! |
Rabu, 7 September 2011
raya dan terus beraya...
raya sudah menerjah lebih seminggu...sekejap benar rasa..dan berat badan ku semakin laju naik mencanak bak pop corn dipanaskan dalam bekasnya...jarum timbang juga tanpa segan silu menaiki dua senggat..aduh...bisa di hati bagai ditusuk sembilu...harapan ku hancur berkecai begitu sahaja untuk menyarung baju2 lama..kalau sekarang dipakai tak ubah seperti nangka dibungkus menanti ranum di atas pokok..buruk benar kelihatannya.dan sekarang ada lagi 3 minggu untuk terus beraya...adakah jarum timbang akan berhenti disitu sahaja atau terus mara ke hadapan??wahai dr.rozmey adakah kamu sudi mengambil aku menjadi testimoni dengan memberikan pakej percuma hingga badan ku kembali langsing*pernah langsing ke??hahah.
si kecil mengerang manja...
tidur berdua bersama si comel yang tidak sihat tatkala sang suami pergi membanting tulang mencari rezeki membesarkan anak dan isteri...sayu melihat si umar terbaring lemah dan mengerang mahu dipeluk setiap masa..rasa biarlah sakitnya ditransfer pada ibunya kerana ibunya menogak air sejuk sepanjang raya tanpa rasa curiga..lupa diri yang dia masih menyusukan anak comelnya..hmmm....moga kamu kuat wahai sang wira!
gaya bahasa baru..ok tak??
burung2 pun turut bersiul |
Selasa, 6 September 2011
kebuhsanan
sekali lagi aku dihambat kebosanan menatap skrin komputer yang tidak jemu memandang wajah manesku. seminggu cuti beraya memaksa ku untuk terus menjadi malas dan hanya berpeleseran dalam pejabat.wal hal kerja tertunda bagai boley ditarik dengan kereta tunda..terlampau banyak untuk disiapkan membuatkan aku jadi keliru untuk memulakan yang mana dulu...*alasan..dengan kesan ulser yang menyerangku membuatkan aku dua kali malas dan tiada perasaan untuk membuat kerja...*ape nak jadi dengan ko syarina uiii..omg!hamper terlupa anak kesayangan ibu diserang demam..membuatkan aku 3kali malas...kesian melihat wajah comelnya yang hanya tersenyum malas tatkala bangkit dari tidur...terus kucapai kunci kereta melungsur laju toyota wish ku mencari koolfever...tidak ku ketahui keberkesanan penampal itu.ianya hanyalah pengaruh dari laman muka buku dimana2 rakan2 memuatnaik gambar anak kecil yang demam beserta dengan penampal comel itu...harap ianya berkesan.esok anak ibu akan disuntik lagi..harap kamu maken kuat..gigi comel sudah mula memberi salam digusi mulus itu..mungkin akibat dari itu anak ibu diserang demam..(-_-)
ulser mulut...(*_*)
sila beramb dari bibir ini... |
Langgan:
Catatan (Atom)